ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ranger Raptor Gegar 2 Negeri

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menganjurkan jelajah pameran Ford Experience Hub dengan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Baharu di dua buah negeri bermula bulan ini.

Jelajah pameran ini sudah berada di Queensbay Mall (Ground Floor, North Atrium) di Pulau

Pinang bermula 16 Ogos lalu dan akan berakhir pada Ahad ini.

Selain Pulau Pinang,  pameran itu juga akan diadakan di Setia City Mall di Shah Alam, Selangor pada 20 hingga 24 September depan.

IMG20230803202330.jpg

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya sentiasa mencari cara untuk membawakan nilai tambahan kepada para pelanggan.

“Maka Ford Experience Hub merupakan ruang interaktif yang direka dengan fokus kepada keluarga Ford.  Ia adalah tempat di mana pemilik sedia ada dan peminat lain boleh datang dan berinteraksi dengan jenama Ford, menghayati dan mempelajari lebih lanjut mengenai kenderaan generasi baharu.

“Malah, mereka juga berpeluang menikmati tawaran eksklusif nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

IMG20230803202152.jpg

Tawaran istimewa yang ditawarkan hanya di Ford Experience Hub adalah seperti berikut:

Pelanggan yang membuat tempahan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel generasi baharu akan menerima sehelai T-shirt edisi istimewa yang berinspirasikan Baja 1000 semasa penghantaran kenderaan.

Pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Ranger Generasi Baharu lain akan mendapat beg duffle percuma semasa penghantaran kenderaan.

Pelanggan yang membuat tempahan mana-mana model Everest Generasi Baharu akan menerima sebuah kerusi perkhemahan premium semasa penghantaran kenderaan.

Pelanggan yang membuat tempahan Ford Ranger Getaways akan mendapat hadiah segera berupa cawan keluli.

20230805_171314.jpg

Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel Generasi Baharu masih akan menikmati diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways.

Tawaran ini hanya terdapat di Ford Experience Hub, sah sehingga 31 Ogos 2023 dan boleh digunakan semasa penghantaran kenderaan. 

Sementara itu, pemilik generasi baharu boleh mempelajari lebih lanjut tentang Ford InnerCircle dan ada kelebihan yang menanti mereka. 

Salah satu kelebihannya adalah taklimat penyegaran dan sesi individu dengan Pakar Ford untuk mendalami pemahaman mereka tentang kenderaan yang baru diterima.


20230813_100640.jpg

Keistimewaan lain ialah peluang untuk menikmati diskaun 30 peratus untuk Ford Ranger Getaways dengan kod kad istimewa mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di www.sdacford.com.my.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4558

SELANGOR

BST7656

JOHOR

JE4089J

PULAU PINANG

PSF6149

PERAK

APL5332

PAHANG

CFH7568

KEDAH

KGJ1493

NEGERI SEMBILAN

NEL8915

KOTA KINABALU

SJU1583

KUCHING

QAB5778P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

10-10-2025
Global

26-07-2023
Global

01-11-2022
Berita Auto

28-09-2022
Berita Auto

12-08-2025
Berita Auto

10-06-2025
Berita Auto

26-03-2025
Berita Auto

04-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026
Berita Auto

Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?

Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?

18-09-2026
Berita Auto

Berapa Harga Hyundai Tucson?

SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k

18-09-2026
Berita Auto

Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati

Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.

17-09-2026
Berita Auto

PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian

PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.

17-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.