Tesla Usaha Bawa Masuk Teknologi Pandu Sendiri & Tubuh Pusat Data Di China
-full_normal.jpg)
Teknologi Pemanduan Sendiri Sepenuhnya (FSD) kini sedang diusahakan untuk dibawa masuk ke dalam pasaran negara China oleh Tesla. Menurut CarNewsChina, syarikat EV tersebut sedang menubuhkan pasukan untuk memimpin penerimaan teknologi FSD di China.
Menurut laporan tersebut, Tesla juga sedang membangunkan pasukan anotasi data di China, yang terdiri daripada kira-kira seratus pekerja yang diketuai oleh jurutera dari ibu pejabat syarikat di Amerika Syarikat. Peranan pasukan ini adalah untuk melabel dan menandakan data bagi membantu latihan algoritma sistem FSD. Prosedur ini penting supaya data yang dikumpulkan dapat diproses dengan lebih baik.
-full.jpg)
Selain itu, Tesla turut mengumumkan pembinaan pusat data di China yang akan digunakan sebagai pusat simpanan data kenderaan Tesla yang telah dijual di negara itu. Pusat data ini ditubuhkan khas bagi menyelesaikan isu kebimbangan kerajaan China terhadap tahap keselamatan mod Tesla Sentry. Baru-baru ini, kenderaan Tesla dilarang daripada diletakkan di Lapangan Terbang Sanhe di Yueyang, serta di pangkalan tentera China kerana perkara tersebut.
-full_normal.jpg)
Sentry mode, yang dibangunkan dengan tujuan untuk melindungi kenderaan yang diparkir, merekodkan data persekitaran kenderaan apabila ditinggalkan. Menurut Tesla, mod Sentry akan menyimpan data secara offline di dalam cakera keras kenderaan dan hanya boleh diakses oleh pemilik kenderaan.
SISTEM FSD TESLA DI MALAYSIA
Bagi pasaran Malaysia, buat masa ini Tesla telah melancarkan Model Y dalam tiga varian, dengan pakej Pemanduan Sendiri Sepenuhnya tersedia sebagai ciri tambahan pada harga RM32,000. Namun, penting untuk diingat bahawa mereka yang memilih ciri ini tidak akan dapat menggunakannya di jalan raya Malaysia kerana versi beta FSD belum dilancarkan di sini.
-full.jpg)
Sekiranya anda merancang untuk membeli Tesla, lebih baik sekiranya anda menangguhkan dahulu keinginan ini kerana ia masih boleh diperoleh pada masa akan datang sebaik ditawarkan di Malaysia kelak. Untuk mendapatkan ciri ini, pengguna hanya perlu membuat pengaktifan sistem dalam talian (OTA).
Baca: Tesla Model Y Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Capai 533KM, Dari RM199K
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4090
SELANGOR
BSU3327
JOHOR
JF4792J
PULAU PINANG
PSG2933
PERAK
APM1304
PAHANG
CFH9748
KEDAH
KGJ4110
NEGERI SEMBILAN
NEM2359
KOTA KINABALU
SJU4874
KUCHING
QAB7358P
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge