ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Corolla GR Sport, Boleh Tahan Sporty

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

UMW Toyota Motor (UMWT)  melancarkan secara rasminya Toyota  Corolla GR Sport dalam satu acara ringkas di ibu pejabat UMWT , Shah Alam, sebentar tadi.

Jentera sporty ini dijual pada harga RM152,800. Ia merupakan pilihan ketiga dalam barisan model GR Sport.

Antara model GR Sport yang lain ialah Vios GR Sport dimana ia dilancarkan pada Disember 2020 manakala Corolla Cross GR Sport dan Hilux GR Sport pula dilancarkan pada Februari lalu.

image.png

Jika sekilas pandang, ia agak serupa dengan Toyota Corolla 1.8G dan 1.8E namun  Corolla GR Sport mempunyai ciri penggayaan eksklusif yang memberikannya penampilan agak  agresif.

Sebaliknya ada bezanya kerana ia dilengkapi dengan gril radiator atas, bawah, lampu hadapan Bi-LED dengan fungsi Follow-Me-Home, ada pelindung bahagian bawah depan.

Melihat kepada bahagian luaran, Corolla GR Sport menerima bampar dengan gril radiator berbentuk mesh yang lebih lebar berwarna hitam berkilat. 

image.pngimage.png

Menjengah bahagian sisi pula, GR Sport didatangkan dengan rim bersaiz 18 inci.

Sementara itu, ketika penulis melangkah masuk ke dalam kabinnya, kesemua kerusi dihiasi dengan jahitan berwarna merah dan bahagian kepala bahagian pemandu terdapat logo GR.

Ia juga dilengkapi dengan paparan meter grafik bersaiz 12.3 inci dengan sistem infohibur masih kekal bersaiz 9” tetapi mendapat grafik baharu. 

image.png

Mengenai trenkuasa pula, ia disumbat dengan 2ZR-FE 1.8 liter NA empat-silinder sebaris dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 139PS dan tork 172 Nm.

Ia digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan CVT.

image.png

Mengenai ciri keselamatan, jentera ini cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan membuatkan si pemiliknya tidak perlu bimbang dengan aspek keselamatan.

Seperti biasa, ia dilengkapi dengan Toyota Safety Sense yang terdiri daripada ciri Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist, Lane Tracing Assist (LTA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) kelajuan penuh, dan Auto Hight Beam (AHB).

image.png

Terdapat juga peninjau titik buta, amaran lintasa trafik belakang, kawalan kestabilan, ABS, lampu isyarat kecemasan,, sensor undur, brek parkir dan sistem amaran tekanan tayar. Barisan ciri keselamatan pasif juga seperti biasa, antaranya dengan tujuh-beg udara dan Isofix.

Bagi yang berminat, ia didatangkan dengan tiga pilihan warna: Platinum White Pearl, Red Mica Metallic dan Attitude Black. 

Lebih menarik, ia didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan dari tarikh pertama ia didaftarkan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT3086

SELANGOR

BSU3081

JOHOR

JF4396J

PULAU PINANG

PSG2593

PERAK

APM925

PAHANG

CFH9642

KEDAH

KGJ3979

NEGERI SEMBILAN

NEM2253

KOTA KINABALU

SJU4720

KUCHING

QAB7316P

Terakhir Kemas Kini 08 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Video

Review: Toyota Corolla Cross GR Sport – SUV Bertema GR Untuk Semua

Review: Toyota Corolla Cross GR Sport – SUV Bertema GR Untuk Semua

14-07-2023
Pandu Uji

15-06-2023
Kereta Baru

17-02-2023
Berita Auto

13-02-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.