Banyak Kerosakan, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling Buka Operasi 2024 Nanti
-full_normal.jpg)
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling dijadualkan untuk beroperasi semula pada 29 Februari 2024 selepas kerja-kerja baik puluh secara menyeluruh struktur jejambat dan landasan berdekatan stesen LRT Bandaraya telah selesai.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengumumkan bahawa perancangan awal bagi kerja pembaikan dan pemulihan operasi laluan ini sepatutnya dijalankan pada pertengahan bulan hadapan. Bagaimanapun, beberapa kerosakan yang lain dikesan pada struktur jejambat berhampiran, iaitu jejambat 164 dan 165, yang memerlukan pembaikan menyeluruh.
-full_normal.jpg)
"Setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada jurutera perunding, kerja-kerja tambahan perlu dilakukan pada struktur jejambat tersebut bagi memastikan ia selamat, mengikut spesifikasi dan dapat memenuhi kriteria pengoperasian normal.
"Kerja-kerja pembaikan ini juga perlu melibatkan nasihat, penilaian serta kelulusan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan kerana pemasangan struktur sokongan harus dipasang di dalam Sungai Klang yang terletak bersebelahan jejambat LRT terlibat," menurut kenyataan itu.
-full_normal.jpg)
Jelasnya lagi, kerja-kerja tambahan ini telah menyebabkan penambahan jangka masa pemulihan selama tiga bulan.
"Rapid Rail ingin memohon maaf atas kesulitan dialami oleh pengguna. Keputusan diambil bagi melanjutkan masa kerja-kerja pemulihan adalah untuk memastikan semua kerosakan dapat dikenal pasti dan dibaiki demi menjamin keselamatan operasi dan pengguna pengangkutan awam," kata pihak Rapid Rail.
Pada 27 Januari yang lalu, perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan kerana faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya.
Selain itu, terdapat kerosakan struktur jejambat di kawasan yang dipercayai berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan bersebelahan.
Oleh itu, Rapid Rail terpaksa menutup laluan antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya, memaksa penumpang LRT menggunakan laluan alternatif seperti bas untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat