- Berita
- Berita Auto
- [FOTO INTIPAN] Crossover 'Fastback' Peugeot 408 Dikesan Di Malaysia – Bakal Dilancarkan?
[FOTO INTIPAN] Crossover 'Fastback' Peugeot 408 Dikesan Di Malaysia – Bakal Dilancarkan?

Peugoet 408 dikesan sedang diuji di Sabak Bernam
Satu pertembungan yang tidak disangka-sangka! Semasa CariCarz mengembara ke daerah barat laut negeri Selangor, Sabak Bernam untuk sesi pandu uji kereta hari ini, kami 'terserempak' dengan sepasang SUV crossover fastback, Peugeot 408, menggunakan jalan raya yang sama.
Unit yang berjaya ditangkap fotonya melalui lensa CariCarz ini berwarna kelabu dan hitam. Berdasarkan pemerhatian kami, kedua-duanya mempamerkan logo varian yang berbeza di bahagian belakang sebelah kanan.

Unit berwarna kelabu memaparkan logo 'hybrid', yang mungkin menunjukkan ia serupa dengan varian hibrid plug-in (PHEV) PH225 yang Peugeot telah dilancarkan di Thailand pada awal tahun ini. Varian ini menggabungkan enjin petrol turbo 4-silinder 1.6 liter dengan motor elektrik dan bateri lithium-ion 12.4 kWh. Sistem yang digunakan memberikan kereta prestasi sehingga 222 hp (225 PS) dan 360 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan yang memacu roda hadapan.
Kedua-duanya dikesan tanpa pelekat samaran dan mempamerkan plat dagangan berwarna biru, membuktikan bahawa unit yang dilihat ini sedang dinilai dan diuji oleh pengedar Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAuto). Ini secara tidak langsung, menjadi petanda penting kehadiran sesuatu yang baru daripada syarikat.
Sistem hibrid tersebut menerima input cas AC pada kadar 7.4 kW, membolehkan kereta dicas penuh dalam masa hanya 1 jam 55 minit. Dengan cas penuh dalam mod pemanduan elektrik, kenderaan boleh bergerak sejauh 63 km (WLTP).
Walaupun kami tidak dapat mengenal pasti logo varian pada unit berwarna hitam, ia jelas berbeza daripada unit berwarna kelabu. Ini mungkin versi 'GT' bukan hibrid.
Untuk varian 'GT' ini, ia menggunakan enjin petrol turbo 3-silinder 'PureTech' 1.2 liter sama seperti yang terdapat pada Peugeot 2008. Namun begitu, dalam model 408, enjin tiga silinder ini memacu roda hadapan melalui transmisi automatik 8-kelajuan dengan kuasa 128 hp (130 PS) dan 230 Nm.
-full.jpg)
BILA MODEL INI AKAN DILANCARKAN?
Kami yakin BAuto bersedia untuk melancarkan crossover 408 yang diberikan sentuhan baru ini dalam masa yang terdekat. Sekiranya benar, ini akan menjadi model Peugeot PHEV pertama yang dijual di Malaysia, tetapi dalam masa yang sama versi bukan elektrik juga mungkin akan turut ditawarkan.
-full.jpg)
Seperti SUV 2008, 3008 dan 5008 yang ditawarkan oleh BAuto ketika ini, kami yakin 408 juga akan dipasang secara CKD di kilang pemasangan Stellantis di Gurun, Kedah, membolehkannya ditawarkan dalam harga kompetitif untuk bersaing dalam pasarn SUV segmen C tempatan.
Bagaimana? Adakah anda tertarik dengan reka bentuk dan ciri Peugeot 408? Berapakah anggaran harga jualan yang boleh membuatkannya menyerlah berbanding pesaing lain? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen yang disediakan di bawah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge