ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kes Proton X90 Pernah Terbakar Sebab Masalah Grounding

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton mengesahkan sebuah kereta Proton X90 yang pernah tular di media sosial gara-gara terbakar pada Ogos lalu, rupa-rupanya terbakar disebabkan masalah sambungan pembumian (grounding) kepada badan kereta.

Proton dalam satu kenyataan di Facebook berkata, masalah sambungan grounding telah menyebabkan berlakunya pemanasan melampau pada bahagian hubungan itu.

Keadaan itu mengakibatkan aliran elektrik mengalir dalam kadar besar terus melaluinya menyebabkan ia turut memanaskan bahan penebat bunyi yang berada berhampirannya lalu menyebabkan jentera berkenaan terbakar.

image.png

“Jadi sebagai langkah keselamatan, semua pemilik Proton X90 akan dihubungi secara individu oleh pengedar PROTON 3S/4S untuk membawa kenderaan mereka untuk diperiksa.

“Jika perlu, kerja-kerja pembaikan akan diambil oleh pusat servis untuk mengelakkan sebarang risiko kebakaran,” katanya.

Sehubungan itu, para pemilik Proton X90 juga boleh menghbungi sendiri pusat 3S atau 4S terdekat bagi membuat temujanji pemeriksaan ini, atau hubungi talian bantuan Proton menerusi nombor 1-800-88-8398 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Susulan kejadian, Proton dan  vendor-vendornya telah mengambil langkah pencegahan dengan menambah baik proses kawalan pembekalnya dan pemeriksaan-pemeriksaan selepas ini pada barisan produksi Proton X90.

Bagaimanapun, Proton turut mengesahkan kejadian ini tidak berkaitan dengan bateri hibrid ringkas 48V yang digunakan pada Proton X90 terbabit.

 Malah, Proton turut memberi jaminan kepada semua bahawa kualiti produk-produknya dan juga keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

image.png

Terdahulu, atu klip video tular di media sosial yang menunjukkan sebuah Proton X90 terbakar namun lokasinya tidak didedahkan.

Rakaman video itu menunjukkan terdapat kepulan asap keluar dari kabin kereta itu menyebabkan seorang lelaki menggunakan alat pemadam kebakaran untuk memadamkan kepulan asap itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang letupan berlaku daripada sistem bateri hibrid ringan.

Maka, kebakaran itu bukanlah berpunca dari sistem hibrid. Apapun, mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

image.png

Untuk makluman anda, Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama syarikat kereta nasional itu  di sumbat dengan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V (bateri lithium ion) Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid.

Ia dipadankan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan bagi membolehkan ia menghamburkan kuasa setinggi 187hp dan tork 300Nm.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9305

SELANGOR

BSQ9152

JOHOR

JYB433

PULAU PINANG

PSD1857

PERAK

APJ3062

PAHANG

CFG8124

KEDAH

KGG5705

NEGERI SEMBILAN

NEK6837

KOTA KINABALU

SJS4608

KUCHING

QAB223P

Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-03-2026
Kereta Baru

09-03-2026
Global

28-11-2025
Berita Auto

23-06-2025
Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto

23-01-2025
Berita Auto

20-09-2024
Berita Auto

23-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto

PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini

Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.

22-06-2026
Berita Auto

Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global

Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.

22-06-2026
Berita Auto

Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai

Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.

22-06-2026
Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.