KTMB Tawar Tambang Percuma Bermula Esok!

Ada berita baik untuk warga Ipoh!
Ini kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan tambang percuma sehala selama dua hari bermula esok untuk pengguna KTM Komuter Utara dari stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen Butterworth, Pulau Pinang.
Tawaran yang akan berakhir Ahad ini bertujuan untuk memperomosikan serta menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan komuter.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tawaran perkhidmatan itu cuma selama dua hari ini .

“Ia terhad bagi perjalanan sehala hanya dari tiga stesen yang baharu iaitu stesen Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar ke stesen lain di laluan KTM Komuter antara Ipoh ke Butterworth,” katanya.
Jadi, bagi yang berminat untuk berjalan-jalan ke utara pada hujung minggu ini, tren pertama dari stesen Ipoh ke stesen Butterworth bermula 4.40 pagi.
Bagi perjalanan dari stesen Butterworth ke stesen Ipoh pula pada 5.30 pagi, dengan tren terakhir yang beroperasi dari stesen Ipoh pukul 6.35 petang, sementara dari stesen Butterworth 7.10 malam.
Orang ramai boleh mendapatkan tiket secara dalam talian dan merancang perjalanan menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan MyRailtime, yang boleh dimuat turun melalui Appstore, Play Store dan App Gallery.
Untuk pertanyaan lanjut dan berkaitan promosi terkini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau layari laman media sosial rasmi KTMB.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge