Pengeluaran BYD Atto 3 Capai 500K Unit Kurang 2 Tahun!

Hanya dalam tempoh 19 bulan selepas dilancarkan, BYD telah berjaya membuat pencapaian membanggakan dengan pengeluaran BYD ATTO 3 yang ke-500,000 unit di kilang Hefei, China.


Model pertama yang menembusi pasaran global ini tidak mengambil masa lama untuk mencuri hati ramai kerana dalam tempoh yang singkat ia menjadi antara EV terlaris di beberapa buah negara seperti Singapura, New Zealand, Thailand dan Sweden. Selain itu, Atto 3 juga menerima beberapa penghargaan di peringkat antarabangsa, termasuk “2022 New Zealand Car of the Year,” “VAB Electric Family Car of the Year of Belgium” dan banyak lagi.
DAYA TARIKAN BYD ATTO 3
Salah satu kelebihan utama yang menarik perhatian pasaran adalah teknologi EV terkini yang digunakan.


Sebagai contoh, penggunaan e-Platform 3.0 yang dibangunkan syarikat dengan rekaan pek bateri jenis blade yang membolehkan bateri memiliki kapasiti tinggi dan meninggalkan jejak (footprint) lebih rendah berbanding pek bateri lain.
BYD ATTO 3 DI PASARAN MALAYSIA
Di Malaysia, BYD Atto 3 ialah salah sebuah EV yang terlaris di pasaran dengan lebih daripada 1,000 unit serahan dibuat oleh Sime Darby Beyond Auto (SDBA) tahun ini.




Ditawarkan dalam dua varian, Atto 3 Standard Range menggunakan pek bateri 49.92 kWh yang memberikan jarak EV maksimum 345 KM (WLTP). Sementara itu, varian lebih tinggi, Extended Range, mendapat pek bateri lebih besar iaitu 60.4 kWh, memberikannya jarak EV yang lebih jauh iaitu 420 KM (WLTP).

Kedua-dua varian Atto 3 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 203 HP dan 310 NM yang memacu roda hadapan (FWD) membolehkannya bergerak dari 0 hingga 100 KM/J dalam masa 7.3 saat.
BYD Atto 3 dijual pada harga bermula dari RM149,800 untuk varian asas Standard Range, manakala Extended Range pula pada harga RM167,800. Semasa pelancarannya, Atto 3 merupakan salah satu EV yang paling berpatutan di pasaran. Bagaimanapun kini gelaran itu telah diambil alih oleh ‘adiknya’ yang baru dilancarkan, BYD Dolphin.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan
Proton e.MAS 5 'Tapau' Pasaran! Ini Sebab Kenapa 20,000 Rakyat Malaysia Beralih ke EV Proton.
28-07-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat