PLUS Sesak Kaw, Kaw

Penulis yang mahu menghala ke Pulau Pinang, semalam terperangkap dalam kesesakan teruk hampir satu jam setengah dari Plaza Tol Jelapang sehingga selepas Terowong Menora, Kuala Kangsar.
Pada mulanya, penulis menganggap bilangan kereta bertambah disebabkan musim cuti sekolah namun rupa-rupanya, sebuah treler terbakar.
Kebakaran treler itu menyebabkan lorong kiri di lebuh raya itu terhalang seterusnya menyebabkan berlaku kesesakan kenderaan hampir 13 kilometer.


PLUS ada mengesahkan kejadian itu di laman X (dahulu Twitter) @plustrafik.
“Patuhi arahan pengawal, papan tanda trafik di lokasi. Pastikan semua langkah berjaga-jaga diambil.
“Gunakan laluan alternatif di lokasi demi keselamatan bersama,” katanya.
Gara-gara kebakaran treler itu, penulis yang keluar dari rumah sekitar 1 petang tiba di Pulau Pinang pada 8 malam.

Kesilapan penulis mungkin tidak menggunakan jalan lama walaupun kemalangan itu sudah dimaklumkan di papan pemberitahuan mengenai aliran trafik itu.
Nasihat saya, jika papan pemberitahuan di lebuh raya sudah memaklumkan aliran trafik perlahan, adalah lebih afdal anda menggunakan jalan lama daripada terperangkap dalam kesesakan hampir berjam-jam.
Apapun, rancang perjalanan anda sepanjang musim cuti sekolah ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA492
SELANGOR
BSV2209
JOHOR
JH6081J
PULAU PINANG
PSH4796
PERAK
APN1409
PAHANG
CFJ4398
KEDAH
KGJ8734
NEGERI SEMBILAN
NEM6314
KOTA KINABALU
SJV2494
KUCHING
QAB493Q
Terakhir Kemas Kini 19 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Bila Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka?
Tempahan Proton S70 RS Sport Dibuka Bermula 18 Nov-1 Disember 2026
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Tumbang
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang di Selayang.
18-11-2026
Lebuhraya LIKE: Jalan Duta- Sungai Besi Bakal Dibina
Selepas Lama Menyepi, Ini Langkah Besar Lim Kang Hoo.
18-11-2026
Feytech Berganding Dengan 2 Syarikat China Hasilkan Sistem Brek, Stereng Chery
Sistem brek dan stereng Chery kini diusahakan secara lokal.
18-11-2026
Bapa Tinggalkan Anak Di Tepi Plaza Tol Nilai
Jurutera warga China yang sebelum ini tular selepas meninggalkan anaknya berhampiran Plaza Tol Nilai.
18-11-2026
Jualan Proton 2026: Model Berasaskan Geely Pintas Kereta "Buatan Tempatan"
Model Geely Kini Dominasi Jualan Proton 2026, Tapi Saga Masih 'Raja' Sebenar
18-11-2026
Penunggang Motosikal Maut Ketika Cuba Elak Lubang
Maut ketika cuba elak lubang pembentung di Klang.
18-11-2026
Pusat 3S BYD Dibuka Di Ipoh, Bilik Pameran Terbesar di Utara
BYD Sime Motors Perkukuh Kehadiran di Utara Malaysia dengan Pembukaan Pusat 3S Baharu di Ipoh.
18-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge