Ranger PHEV Boleh Gerak Sejauh 45KM

Trak pikap Ford Ranger plug in hybrid didedahkan secara rasmi pagi tadi.
Buat julung kalinya, Ranger disumbat dengan enjin petrol empat silinder 2.3 liter turbocharge dengan motor elektrik.
Untuk makluman anda, model Ranger gen kedua (P703), yang menggunakan enjin petrol 2.3 liter turbocharge adalah sama dengan Ford Mustang 2015 .


Kuasa dihantar ke semua empat roda (AWD) melalui Transmisi Hibrid Modular baharu Ford.
Biarpun, Ford masih belum mendedahkan butiran prestasi yang tepat bagi persediaan PHEV baharu ini, namun ada laporan mengatakan ia adalah lebih menarik daripada mana-mana model petrol yang ditawarkan kepada Ranger, termasuk Raptor yang menggunakan enjin V6 dimana ia menghasilkan 288 hp.
Untuk makluman, model Ranger generasi sebelum ini yang menggunakan enjin petrol EcoBoost 2.3 liter sudah ditawarkan di beberapa pasaran antarabangsa.
Model tersebut boleh menghamburkan kuasa setakat 270 hp dan tork 420Nm.
Ini bermaksud Ranger PHEV ini boleh mendabik dada sedikit kerana ia boleh mengeluarkan output yang lebih tinggi.
Selain itu, Ford mendakwa PHEV ini hanya mampu melakukan pergerakan sejauh 45 kilometer .
Sebagai standard dalam kebanyakan PHEV, pek bateri Ranger PHEV boleh dicas melalui pengecas AC, dengan port pengecasannya diletakkan berhampiran spatbor belakang trak.


Malah ia yang mempunyai rangkaian kuasa PHEV yang lebih bertenaga, kapasiti menunda Ranger PHEV masih dihadkan pada 3,500 KG iaitu sama dengan model Ranger yang lain.
Daeri segi teknologi, Ranger PHEV akan mendapat fungsi geofencing di pasaran terpilih, yang secara automatik mengesan trak apabila ia memasuki zon pelepasan rendah dan beralih kepada mod pemanduan semua elektrik.
Bercakap mengenai mod pemanduan, Ranger PHEV dilengkapi dengan pelbagai mod pemanduan, termasuk mod EV baharu dan beberapa mod Off-Road.

Apapun Ford Ranger PHEV serba baharu dijangka membuat penampilan sulungnya di pasaran antarabangsa terpilih termasuk Britain dan Australia pada akhir 2024 atau awal 2025, di mana ia akan menjadi model hibrid plug-in tunggal dalam segmen pasaran trak pikap bersaiz sederhana.

Namun adakah Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan membawa Ranger PHEV ini ke dalam pasaran tempatan?
Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA2444
SELANGOR
BSQ3640
JOHOR
JYX3040
PULAU PINANG
PSC5019
PERAK
APH6757
PAHANG
CFG6020
KEDAH
KGG2171
NEGERI SEMBILAN
NEK4872
KOTA KINABALU
SJR9999*
KUCHING
QAB8428N
Terakhir Kemas Kini 27 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat