ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Vios Generasi Terbaru Beraksi Di Litar! Ini Dia Model Rasmi Musim Akan Datang

Sofea Najmi

Kongsi melalui

VIOS_CUP_CAR_NGC102--19.jpg


Toyota Vios generasi ke-4 (AC100) baharu bakal digunakan dalam perlumbaan Vios Challenge musim akan datang


Buat pertama kalinya, beberapa unit Toyota Vios generasi ke-4 (AC100) versi yang dibangunkan khas untuk perlumbaan dipamerkan semasa Toyota Gazoo Racing Festival Musim Ke-6, yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 


Model baharu ini bukan sekadar dipamerkan tetapi turut dapat disaksikan meluncur di litar, dipandu oleh selebriti dalam kategori perlumbaan Promotional. 


Kereta lumba ini masih lagi menggunakan enjin sama dengan versi jalan raya tanpa modifikasi radikal iaitu enjin 1.5L 4 silinder. Namun sebagai model yang digunakan di litar, ia dilengkapi dengan ekzos khas dan set muffler. Kelengkapan  yang terbaru ialah limited-slip differential (LSD), serta suspensi yang telah ditala khas untuk perlumbaan. 




VIOS_CUP_CAR_NGC102--29.jpgVIOS_CUP_CAR_NGC102--16.jpg


Reka bentuk luaran Vios generasi ke-4 versi perlumbaan tidak jauh berbeza dengan model yang digunakan di jalan raya



VIOS_CUP_CAR_NGC102--105.jpg


Vios AC100 generasi terbaru ini akan digunakan secara rasmi untuk musim akan datang


Kereta perlumbaan AC100 generasi terbaru ini akan digunakan sebagai kereta rasmi untuk perlumbaan musim akan datang. UMW Toyota Motor akan membekalkan model ini untuk kegunaan pasukan profesional, Super Sporting, pasukan peringkat amatur, Sporting dan, kategori Promotional yang terdiri daripada selebriti tempatan. 


Kereta lumba AC100 ini dijangka menawarkan prestasi dan kualiti pengendalian yang lebih baik berbanding versi terdahulu yang telah digunakan selama enam musim perlumbaan sebelum ini. 


VIOS_CUP_CAR_NGC102--45.jpg


Kereta lumba versi awal yang dipamerkan ini masih lagi menggunakan transmisi automatik CVT. Ini akan digantikan dengan transmisi manual 5 kelajuan yang ditala khas untuk perlumbaan tahun hadapan

VIOS_CUP_CAR_NGC102--44.jpgVIOS_CUP_CAR_NGC102--47.jpg

Ruang kabin dipadatkan dengan pelbagai ciri keselamatan dan sistem penting untuk perlumbaan


Di bahagian dalam, ruang kabin Vios versi perlumbaan ini telah dilapangkan untuk memuatkan pelbagai ciri penting seperti sangkar keselamatan (roll cage) yang mematuhi spesifikasi FIA, tempat duduk sport, tali pinggang lumba enam poin dan sistem pemadam kebakaran khas untuk kereta lumba. 



VIOS_CUP_CAR_NGC102--37.jpgVIOS_CUP_CAR_NGC102--34.jpgVIOS_CUP_CAR_NGC102--40.jpgVIOS_CUP_CAR_NGC102--35.jpg


Vios Challenge generasi AC100 ini tidak mempunyai spoiler belakang yang besar seperti sebelum ini. Selain itu, kali ini ia menggunakan rim bersaiz 15 inci, menggantikan rim 17 inci, yang dipadankan dengan tayar lumba dengan tahap cengkaman yang hebat daripada Toyo Tires. 


UMW Toyota Motor memaklumkan bahawa pendaftaran untuk Vios Challenge musim ke-7, serta pembelian kereta perlumbaan AC100 baharu kini sudah dibuka. Maklumat lanjut dan pertanyaan lebih lanjut boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman web Toyota.com.my.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW6479

SELANGOR

BSP7052

JOHOR

JYW1093

PULAU PINANG

PSB9635

PERAK

APH2414

PAHANG

CFG4179

KEDAH

KGF6933

NEGERI SEMBILAN

NEK3225

KOTA KINABALU

SJR7357

KUCHING

QAB7143N

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-08-2024
Berita Auto

13-09-2022
Berita Auto

27-06-2022
Berita Auto

Toyota Gazoo Racing Musim Ke-5 Pusingan 1: Lebih Sengit Daripada Biasa!

Festival Toyota Gazoo Racing dan Vios Challenge pusingan pertama (19-20 Mac) telah berakhir semalam.

21-03-2022
Berita Auto

Toyota Gazoo Racing Malaysia Musim Ke-4

Antara pengisian menarik sepanjang acara yang akan disiarkan secara dalam talian ini adalah tiga sesi kelayakan, enam perlumbaan secara individu, sesi temubual dengan pelumba dan banyak lagi.

01-03-2021
Video

23-03-2023
Video

22-03-2023
Berita Auto

18-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen

Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.

06-05-2026
Berita Auto

Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.

06-05-2026
Berita Auto

Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton

Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.

06-05-2026
Berita Auto

Murid Maut Dilanggar Van

Tragedi di Pintu Pagar Sekolah: Murid Tahun 2 Maut Dilanggar Van.

06-05-2026
Berita Auto

Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.

05-05-2026
Berita Auto

Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini

Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.

05-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.