Walaupun Nampak Bulat, Tapi Sport Habis

Sempena meraikan ulang tahun ke-20 studio Nissan Design Europe (NDE), Nissan menayangkan satu lagi konsep reka bentuk yang dinamakan sebagai Nissan Concept 20-23.
Nama itu bermaksud 20 tahun kedudukan NDE yang berpangkalan di London, serta nombor tradisional Nissan, iaitu 2 (ni) 3 (san) dengan tahun terkini.


Kajian reka bentuk terbaharu ini memberi bayangan bahawa EV hot-hatch yang sporty dan kelihatan cukup ekstrem.
Ia turut menampilkan beberapa bahagian aero gaya trek yang mana ia mendapat inspirasi daripada kereta Formula E selain turut memberi penghormatan kepada beberapa hot-hatch ikonik Nissan terutamanya Nissan March.
Concept 20-23 ini cuma menampilkan tiga pintu manakala bahagian aerodinamik dilihat agak melampau dan gaya badan bulat yang mengimbau kembali kepada model Nissan lama
Modek konsep ini turut hadir dengan rupa agresif yang menampilkan badan lebar, splitter dan diffuser gergasi serta arch tayar lebih besar.



Menjengah bahagian belakang, Concept 20-23 mendapat spoiler belakang besar yang dipasang di atas bumbung, manakala bahagian pintu belakang yang lebih rendah serta menggunakan peresap belakang gaya perlumbaan .


Malah, lampu hadapan dan belakang juga hadir dengan rekaan separa bulat, tertera nombor 23 di bahagian sisi kereta itu, terdapat juga kamera sisi.


Concept 20-23 juga menggunakan scoop bumbung yang sebenarnya bertujuan untuk memberikan pengudaraan tambahan di dalam kabin.
Seperti kereta sport yang lain, model ini turut hadir dengan pintu gunting gaya supercar.

Menjengah bahagian dalamannya pula, ia didatangkan dengan stereng gaya yoke, bersama pedal untuk menyesuaikan tahap kuasa dari trenkuasa elektriknya.
Pendek kata, bahagian dalamannya cukup futuristik walaupun sifatnya yang berorientasikan kereta trek.


Apa tidaknya, kabinnya dibalut dengan bahan upholsteri bertekstur yang disiapkan dalam rona kelabu muda, manakala beberapa bahagian seperti tempat letak tangan pintu dan pelapik bumbung dihiasi dengan material yang lebih gelap.

Malangnya, Nissan tidak mendedahkan sebarang butiran mengenai spesifikasi trenkuasa model konsep EV hot-hatch ini.
Tidak kira sama ada ia akan membawa rangkaian kuasa Nissan EV atau meminjam daripada Renault 5 EV yang akan datang, kami menganggap ia akan menjadi model EV masa depan dan mungkin pengganti semua elektrik Micra .
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge