Angkara Dua Kereta Lumba Bergesel, Seorang Penonton Terkorban
Gara-gara sebuah kereta lumba terbabas sehingga terkeluar dari litar menyebabkan seorang penonton terkorban ketika menonton perlumbaan itu pada jarak dekat di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, Perak semalam.
Apa yang cukup menghairankan ialah bagaimana pihak penganjur boleh membenarkan para penonton berdiri di kawasan berumput yang cuma dalam jarak 30 kaki dari litar lumba itu dan tiada sebarang penghadang diletakkan di lokasi kejadian.
Untuk makluman anda, litar lumba perlu mempunyai ciri ciri keselamatan seperti benteng, beg udara, beg habuk papan dan juga kawasan tersasar (run-off) yang telah direka untuk mengurangkan risiko kecederaan.
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan lelaki malang itu yang merupakan pengusaha bengkel kenderaan telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang.
Dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kenderaan tersebut terbabas. - Foto Sinar Harian/media sosial
Difahamkan kedua-dua kenderaan bergesel antara satu sama lain semasa menghampiri garisan penamat mengakibatkan kedua-duanya gagal dikawal.
“Satu daripadanya terbabas ke kanan laluan litar lalu memasuki bahagian berumput, yang ketika itu terdapat beberapa penonton sedang berdiri menyaksikan perlumbaan dan hanya melanggar seorang penonton.
Bagaimanapun, tiada mangsa lain terlibat dalam insiden itu dan polis kini masih menjalankan siasatan lanjut.
Untuk info, kejadian berlaku ketika pertandingan “CCT Battle of Champion” berlangsung di litar itu membabitkan penyertaan 60 kereta.
Semasa pertandingan diadakan, ia membabitkan kategori 1800cc untuk lima pusingan membabitkan 12 Proton Satria.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPK8674
SELANGOR
BSG4437
JOHOR
JYD5920
PULAU PINANG
PRS5431
PERAK
ANY1130
PAHANG
CFC7231
KEDAH
KGB4582
NEGERI SEMBILAN
NEG5085
KOTA KINABALU
SJL8016
KUCHING
QAB7059L
Terakhir Kemas Kini 22 Jul, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.21
+0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.11
+0.03
Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2025
Berita Terkini
Allianz Anjur Program Latihan Keselamatan Untuk Rider P-Hailing
Allianz Malaysia makan mengadakan dua program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan penunggang motosikal P-hailing.
22-07-2025
Pembeli Tangguh Beli Kereta Sebab Nak Tunggu Diskaun Harga Kereta?
Sesetengah pembeli sanggup menangguhkan pembelian kereta semata-mata mahu menunggu potongan harga daripada pengeluar bukan nasional.
22-07-2025
Linkedua Ditutup Esok Sebab Ada Latihan Tumpahan Bahan Kimia
Linkedua Tuas dari Singapura ke Malaysia akan ditutup selama sembilan jam pada hari esok.
22-07-2025
Penyasaran Subsidi RON95: Kerajaan Jamin Tidak Akan Beri Kesan Negatif
Kerajaan masih memperhalusi kaedah terbaik sebelum melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95.
22-07-2025
Lagi Kereta Masuk Dalam Tasik, Wanita Maut, Anak Terselamat
Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terjunam ke dalam tasik.
21-07-2025
Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah
Chery Malaysia mendedahkan sekali lagi Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV) Chery Super Hyvrid (CSH), di ibu negara sebentar tadi.
21-07-2025
Bas IPT, SBP Juga Akan Diwajibkan Guna Tali Pinggang Keledar?
JPJ bakal memperketat penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh seluruh negara.
21-07-2025
Budak 11 Tahun, Pemegang Kad UNCHR, Pandu Kereta Ibu Sebelum Terbabas
Baru 11 tahun sudah berani memandu kereta. Padahnya? Kereta dipandu terperosok ke dalam longkang.
21-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat