- Berita
- Berita Auto
- Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan
Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan
Mercedes-AMG baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran varian edisi terhad “Motorsport Collectors Edtion” bagi roadster SL63. Versi istimewa ini tampil dengan beberapa elemen visual unik yang diinspirasikan daripada Mercedes-AMG Petronas Formula 1 Team.
Seperti livery pasukan lumba 2021, SL63 ini diwarnakan dengan cat metalik yang beralih daripada warna perak (silver) kepada hitam (obsidian black) di sudut belakang. Warna ini digabungkan dengan warna hijau Petronas pada sesetengah bahagian badan kereta bagi memberi kesan kontra kepada gaya keseluruhan kereta. Separuh belakang kereta juga terdapat ‘percikan’ logo Mercedes untuk mencerminkan kereta lumba W13 2021.
Gaya istimewanya disempurnakan lagi dengan pakej AMG Aerodynamics yang menampilkan flic lebih besar pada kedua-dua bahagian depan dan belakang kereta. Versi ini juga diberikan peresap (diffuser) yang lebih besar serta rekaan bawah badan (underbody) yang berbeza untuk aliran udara yang lebih baik.
Selain itu, terdapat banyak aksen berwarna hitam pada bahagian luar kereta yang diambil daripada AMG Night Package dan AMG Night Package II. Antara bahagian yang diberikan sentuhan warna hitam ini ialah gril krom hitam, kaliper brek berwarna gelap dan logo hitam. Rim yang digunakan pula ialah jenis aloi 10 jejari-kembar AMG 21 inci, serta bumbung fabrik hitam.
Bergerak ke bahagian dalam, tempat duduknya dibalut oleh kulit Nappa hitam AMG Performance dengan jahitan sama ada merah atau kuning. Tempat rehat kepalanya lengkap dengan logo AMG. Ciri lain ialah kemasan gentian karbon, sistem audio Burmester, paparan-di-kepala (HUD) serta sistem telemetri AMG Track Pace.
Sudah semestinya, rekaan ini sesuai dengan prestasi yang mampu dicapai trenkuasa SL63 AMG ini. Roadster ini dijana oleh enjin turbo-kembar V8 4.0L AMG yang dibina dengan tangan. Output maksimumnya ialah 585 hp/800 Nm yang memberikan kereta kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.6 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 315 km/j.
Menurut Mercedes-AMG, hanya 100 unit SL63 Motorsport Collectors Edition dihasilkan tanpa mendedahkan harga jualannya. Setiap pembelian didatangkan bersama penutup kereta indoor yang diperbuat daripada fabrik sintetik yang tidak akan koyak serta lapisan anti-statik pada bahagian dalam untuk melindungi kenderaan dengan lebih baik daripada debu dan calar.
Apakah pendapat anda mengenai roadster SL63 AMG keluaran terhad ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPH2397
SELANGOR
BSF6825
JOHOR
JYA9758
PULAU PINANG
PRR7067
PERAK
ANW9265
PAHANG
CFC2759
KEDAH
KGB1103
NEGERI SEMBILAN
NEG3044
KOTA KINABALU
SJL4069
KUCHING
QAB5485L
Terakhir Kemas Kini 25 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Terkini
Kecurian Kabel ECRL: Polis Terima 22 Laporan
Polis menerima 22 laporan berkaitan kecurian termasuk kabel membabitkan kerugian RM300,000 di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu .
25-06-2025
MOT Dedah Syarikat Pengendali Kenderaan Barangan Dan Bas Ekspres Paling Banyak Saman
Kementerian Pengangkutan mengumumkan senarai syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertinggi atas pelbagai kesalahan.
25-06-2025
Acara Kemuncak ‘Hilux Unleashed 2025’ Di Semenanjung Penuh Kemeriahan
Setelah Sabah dan Sarawak, kempen ‘Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025’ anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) memasuki fasa kemuncak dengan pusingan akhir yang berlangsung di Melaka.
25-06-2025
Sisma Auta Lancar Pembukaan Pusat 3S Denza Glenmarie
Pengedar jenama automotif premium terkemuka, Sisma Auto, baru-baru ini membuka Pusat 3S (khidmat jualan, servis, alat ganti) Denza di Glenmarie, Shah Alam.
25-06-2025
Gara-Gara Gagal Potong Treler Di Garisan Kembar, Pemandu Proton Wira Maut
Sebuah treler yang membawa muatan lebih 900 tong gas terbalik selepas bertembung dengan sebuah Proton Wira di Jalan Lukut-Sepang, Port Dickson semalam.
25-06-2025
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti
Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.
24-06-2025
Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup
Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.
24-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat