ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Terkini Toyota Hilux, Fortuner & Hiace Bagi Tahun 2023, Naik Hingga RM5K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui




Nampaknya, pengumuman harga baharu bagi pelbagai model dan jenama kereta di pasaran Malaysia masih tidak berhenti. Kali ini, giliran UMW Toyota pula mendedahkan kenaikan harga bagi beberapa jentera besar iaitu Toyota Hilux, Fortuner dan juga satu-satunya kenderaan komersial UMWT, van Hiace. 





Seperti pesaingnya, Nissan Navara, harga Toyota Hilux juga meningkat tahun ini. Sebagai salah satu trak yang terlaris di Malaysia, harga Hilux 2023 meningkat sehingga kira-kira RM3,000 bagi kesemua varian, bermula daripada varian terendah 2.4 MT single cab sehingga 2.8 Rogue AT pada harga antara RM98,800 ke RM152,880. 





Sementara itu, SUV Toyota Fortuner 2023 pula kini dijual dengan kenaikan sekitar RM5,000 untuk kesemua varian. Model asas, 2.4 AT kini bermula dari RM184,880, 2.7 SRZ AT pula pada RM191,880 dan 2.8 VRZ AT pada harga RM225,880.




Selain trak, harga bagi van panel Hiace juga meningkat sehingga RM5,000 menjadikan harga terkininya RM113,000.





Selain tiga kenderaan tersebut, harga bagi sedan Toyota Corolla Altis dan Camry serta SUV Corolla Cross turut meningkat dari RM2,000 ke RM10,000. 




Pengumuman harga baharu yang lebih tinggi berbanding tahun lalu tidak hanya berlaku kepada Toyota, tetapi juga jenama lain seperti BMW, MINI dan Nissan. Ini bukanlah perkara yang menghairankan kerana Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebelum ini pernah menjangkakan kenaikan ini.


Presidennya, Datuk Aishah Ahmad mengatakan kenaikan berlaku disebabkan oleh gangguan rantaian bekalan global kerana pelbagai konflik dan juga pemulihan ekonomi pasca pandemik. 


Baca: BMW & MINI Umum Harga Bagi 2023 - Naik Hingga 6.3%!


Baca: Harga 3 Model Toyota Ini Naik Dari RM2K Ke RM10K Bagi Tahun 2023


Baca: Bermula Tahun Ini, Harga Navara Naik Sehingga RM3,500



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5259

SELANGOR

BSN7647

JOHOR

JYU1425

PULAU PINANG

PSB1341

PERAK

APG3907

PAHANG

CFG592

KEDAH

KGF706

NEGERI SEMBILAN

NEJ9259

KOTA KINABALU

SJR1926

KUCHING

QAB4975N

Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Global

03-11-2025
Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Berita Auto

06-05-2025
Global

24-02-2025
Global

02-01-2025
Global

27-09-2024
Kereta Baru

16-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.