MAZDA 6 Selamat Mendarat, Versi CBU

Selain Mazda 3 2023 yang dinaik taraf, Bermaz Motor turut melancarkan Mazda 6 edisi ulang tahun yang ke-20 untuk pasaran tempatan.
Ia turut hadir dengan dua varian lain iaitu: Mazda6 2.0L dan Mazda6 2.5L Touring.
Difahamkan, pengemaskinian Mazda 6 ini adalah varian istimewa sempena ulang tahun Edisi Mazda 6 yang ke-20.
Berdasarkan varian tertinggi Mazda 6, 2.5 High Plus, Edisi Ulang Tahun Ke-20 ini didatangkan dengan warna unik yang dipanggil sebagai Artisan Red Premium.

Ini adalah hasil kerja cat keempat Mazda yang disesuaikan khas melalui teknologi cat Takuminuri (pewarna artisan) yang unik.
Teknologi ini mampu menghasikan kemasan cat berkualiti tinggi seolah-olah warna tersebut dicat menggunakan buatan tangan yang pakar.
Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lencana yang tertera 20th Anniversary di fender hadapan, rim eksklusif bersaiz 19 inci dengan dalam kemasan metalik terang, serta disesuaikan dengan gril radiator sporty.
Malah kemasan kabinnya juga dihiasi dengan upholsteri kulit berwarna keperangan dimana pada perehat kepala tempat duduk hadapan juga disulam dengan lencana 20th Anniversary.


Antara pengemaskinian yang dibuat ialah cermin pandang belakang tanpa bingkai, skrin kluster MID tujuh inci, dan pelindung cahaya matahari untuk tingkap belakang dan ditambahkan dengan pelindung cahaya matahari untuk cermin belakang.
Sama seperti Mazda 3 2023 yang diperbaharui, sebenarnya banyak perubahan dilakukan pada bahagian kabin untuk semua varian seperti pad pengecas telefon pintar wayarles serba baharu.

Jentera ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti ADAS, dikemaskini dengan dengan Sokongan Brek Pintar Depan & Belakang (SBS), KAWALAN Jelajah Radar Mazda atau Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dengan fungsi Stop & Go dan Sokongan Pelayaran & Trafik (CTS).
Seain itu, tiada sebarang perubahan yang dibuat pada bahagian mekanikal.
Ini kerana Mazda 6 2.0 Sedan terus menggunkan enjin petrol Skyactiv-G 2.0 liter 4 silinder dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 162 hp dan 213 Nm.

Ia dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan Skyactiv-Drive.
Pakej ini menjanjikan kecekapan bahan api purata sehingga 6.5 liter/100 KM.
Bagi 2.5 Touring dan Edisi Ulang Tahun ke-20, kedua-duanya menggunakan enjin Skyactiv-G 2.5 liter -4cyl yang lebih besar.
Jadi ia boleh menghasilkan kuasa 192 hp dan 258 NM. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik 6-kelajuan Skyactiv-Drive, selain menjanjikan kadar kecekapan bahan api 7.0 liter/100 KM (sedan) dan 7.1 liter/100 KM

Mengenai harga, Mazda 6 2.0 Sedan 2023 adalah versi diimport sepenuhnya (CBU) dan dijual pada harga RM180,359, Mazda 6 2.5 Touring 2023 pula berharga RM230,848 manakala Mazda6 20th Anniversary Edition ( RM240,848.00).
Semua harga yang disenaraikan di sini termasuk tawaran standard Bermaz bagi jaminan 5 tahun atau had perbatuan 100,000 kilometer dan pakej penyelenggaran percuma selama lima tahun.
Bagi yang berminat jentera ini sudah mula dipamerkan di Pusat Beli-Belah One Utama (Oval Concourse) bermula hari ini hingga 15 Oktober 2023.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9245
SELANGOR
BSU2554
JOHOR
JF3280J
PULAU PINANG
PSG1764
PERAK
APL9486
PAHANG
CFH9376
KEDAH
KGJ3641
NEGERI SEMBILAN
NEM1983
KOTA KINABALU
SJU4374
KUCHING
QAB7145P
Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge