M'sia Mahu Galakkan Orang Beli Motosikal Elektrik, Sanggup Tawar Rebat

Insititut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyambut baik dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dibentangkan pada Belanjawan 2024, minggu lepas.
Skim itu adalah untuk mereka yang berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah dan turut ditawarkan ialah pemberian rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.

Bercakap mengenai skim itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz turut memuji langkah yang diperkenalkan kerajaan.
“Ia merupakan satu langkah penting dalam pembangunan teknologi serta aktiviti perniagaan tempatan berkaitan EV.
“Inisiatif ini dijangka akan meningkatkan permintaan dan penggunaan motosikal elektrik selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencapai 15% jumlah jualan motosikal EV menjelang tahun 2030,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, skim itu akan lebih menggalakan penggunaan motosikal EV dan secara tidak langsung membina keyakinan masyarakat terhadap penggunaan motosikal EV di Malaysia
Dalam pada itu, MARii turut menyokong pembuatan dan pemasangan EV dan Kenderaan Autonomi (AV) di negara ini melalui ekosistem yang sedia ada yang merangkumi aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi pembuatan komponen penting.
“Kesediaan infrastruktur, teknologi, bakat dan sokongan kerajaan serta industri sokongan yang mantap seperti elektrikal dan elektronik (E&E) dan pengeluar komponen dalam rangkaian pembuatan bateri EV merupakan penyumbang utama Malaysia sebagai hab bagi industri EV.

“MARii turut menyokong pembangunan ekosistem EV yang komprehensif ini melalui kerjasama dengan pemegang taruh seperti pengeluar kereta, pemasangan motosikal, pembuat kenderaan komersial, penyedia pusat pengecasan dan pengeluar komponen tempatan.
Usaha ini turut disokong melalui penubuhan Pusat Kecemerlangan Industri Masa Depan, Pusat Simulasi dan Analisis MARii, Pusat Prototaip Reka Bentuk dan Kejuruteraan MARii, dan Akademi Teknologi MARii yang berperanan untuk mempertingkatkan keupayaan dalam ekosistem automotif Malaysia
Sehubungan itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan MARii akan terus bekerjasama dalam merealisasikan usaha pembangunan Ekonomi MADANI, Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8391
SELANGOR
BSU1024
JOHOR
JE8786J
PULAU PINANG
PSF8944
PERAK
APL7586
PAHANG
CFH8525
KEDAH
KGJ2795
NEGERI SEMBILAN
NEM1167
KOTA KINABALU
SJU3198
KUCHING
QAB6436P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Jalin Kerjasama Dengan MARii Bangunkan Pusat NATC
PROTON memeterai perjanjian dengan MARii untuk membangunkan Pusat Ujian Automotif Nasional (NATC).
21-11-2025
Jualan Motosikal Elektrik Melonjak Tapi Malangnya Bukan Ramai Guna Untuk Kegunaan Harian
Jualan motosikal elektrik mencanak berbanding lima tahun lepas.
23-09-2024
ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV
Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.
19-02-2024
MARii Mahu Tingkatkan Kerjasama Industri Automotif
MARii) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif Indonesia (IOI).
21-09-2023
MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia
Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii) menyasarkan untuk membangunkan industri EV yang kompetitif dan mampan.
15-05-2023
Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran
Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.
02-05-2023
Berita Terkini
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat