Pamer Pingat Negeri Pahang Pada Kereta, Boleh Kena Tindakan
Tahukah anda, mempamerkan lambang lambang Darjah Kebesaran atau Pingat Negeri Pahang pada kenderaan adalah salah di sisi undang-undang.
Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melarang mana-mana individu mempamer darjah kebesaran negeri itu.
Untuk itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan tegas bagi mana-mana pihak yang mempamerkan lambang berkenaan.
"Tindakan mempamer atau melekat lambang darjah kebesaran oleh penerima darjah negeri adalah kesalahan yang boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1)(D) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah Pahang 2017.
"Enakmen memperuntukkan tiada seorang pun boleh (mempamer darjah) kecuali dengan kebenaran bertulis daripada baginda untuk mempamer atau melekat apa saja lambang, gelaran, anugerah atau replika mengenainya pada kenderaan," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu media tempatan melaporkan, penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang diberi peringatan untuk tidak mempamer atau melekatkan lambang darjah kebesaran atau pingat negeri pada kenderaan mereka.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, peringatan itu dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini bersemayam di Istana Negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPV1031
SELANGOR
BSJ4259
JOHOR
JYJ1787
PULAU PINANG
PRU7281
PERAK
APB7058
PAHANG
CFD7240
KEDAH
KGC5815
NEGERI SEMBILAN
NEH3534
KOTA KINABALU
SJN857
KUCHING
QAB3326M
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.18
-0.03
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.93
EURO 5 B7
RM 3.13
Terakhir Kemas Kini 09 Oct, 2025
Berita Terkini
iCaur Malaysia Rasmi Pembukaan Pusat Jualan & Servis Di Damansara – Ada Nintendo!
iCaur Malaysia memperluaskan rangkaiannya di Malaysia dengan perasmian cawangan baharu di iCaur Damansara melalui kerjasama dengan syarikat pengedaran, Carramax Luxe Sdn. Bhd.
13-10-2025
Kementerian Kerja Raya Terima RM10.7 Bilion Untuk Tingkatkan Infrastruktur, Perkasa Kontraktor
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima peruntukan sebanyak RM10.692 bilion dalam Belanjawan 2026, naik 3.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
13-10-2025
Deepavali: 800,000 Kereta Dijangka Masuk Negeri Sembilan
Polis menjangka sebanyak 800,000 kenderaan akan memasuki Negeri Sembilan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Oktober ini.
13-10-2025
Proton, Perodua Sedia Patuhi Undang-Undang Lemon Law
RHB Investment Bank Bhd memberi komen bahawa cadangan untuk menggabungkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dilihat sebagai satu langkah positif.
13-10-2025
Belanjawan 2026: Peruntuk RM2.5 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan
Kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang dan memasang lampu jalan.
13-10-2025
Beli Kereta Mewah Di Langkawi Sebab Tak Bayar Cukai, Ini Pula Tindakan Kerajaan!
Kerajaan bercadang melaksanakan pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dengan mengehadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi RM300,000 berkuat kuasa 1 Januari depan.
12-10-2025
Lupuskan Kereta Lama Melebihi 20 Tahun, Pemilik Terima Geran Padanan RM4,000
Kerajaan menyediakan geran padanan sehingga RM4,000 bagi menggalakkan pemilik melupuskan kenderaan lama melebihi 20 tahun.
11-10-2025
Deepavali: Diskaun Tol 50% Bermula 17-18 Okt Ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan diskaun tol 50% sempena sambutan Deepavali bermula pada jam 12.01 tengah malam, 18 Oktober ini.
10-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat