UMWT Lancar Toyota MY, Tiada Lagi Aplikasi Toyota Drive & 24Seven

Aplikasi Toyota MY menggabungkan fungsi-fungsi aplikasi Toyota Drive dan Toyota 24Seven ke dalam satu platform
UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan aplikasi Toyota MY yang dibangunkan untuk peranti yang menggunakan sistem iOS dan Android. Aplikasi inovatif ini menggabungkan fungsi-fungsi aplikasi Toyota Drive dan Toyota 24Seven ke dalam satu platform sama yang mesra pengguna.
Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K., menjelaskan falsafah di sebalik pembangunan aplikasi ini, “"Toyota mengamalkan falsafah 'kaizen', yang bermaksud peningkatan berterusan. Ini tidak hanya terhad kepada reka bentuk dan pembuatan kenderaan tetapi juga kepada pengalaman pelanggan dan titik sentuhan kami.”
-full_normal-full_normal.jpg)
Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K
Aplikasi Toyota MY menggabungkan kesemua fungsi-fungsi aplikasi Toyota sebelum ini ke dalam satu platform yang mudah digunakan. Aplikasi ini membolehkan pemilik kenderaan Toyota mengakses maklumat penting tentang kenderaan mereka, menetapkan waktu janji temu perkhidmatan, melihat mata ganjaran keahlian Loyal-T, mendapatkan bantuan tepi jalan 24Seven, mencari outlet Toyota berdekatan dan banyak lagi.


Antara fungsi yang terdapat dalam aplikasi baharu
Selain itu, aplikasi ini berfungsi sebagai portal informasi untuk berita dan promosi terkini Toyota. Pengenalan aplikasi Toyota MY bermakna aplikasi Toyota Drive dan Toyota 24Seven yang sebelum ini ditawarkan dalam aplikasi berasingan akan ditamatkan.

Toyota MY dibangunkan untuk memudahkan pengguna
Pengguna Toyota Drive sedia ada hanya perlu mengemaskini aplikasi mereka untuk berpindah ke aplikasi Toyota MY yang baru, dengan menggunakan alamat e-mel yang telah didaftarkan melalui proses yang mudah.
Pelanggan Toyota baharu pula digalakkan untuk mendaftarkan maklumat diri di mana-mana cawangan Toyota pilihan selepas pembelian kenderaan untuk memudahkan pendaftaran akaun.
Aplikasi Toyota MY boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat