Ada Berita Baik, Tol Percuma Di WCE Sampai Januari

Sempena pembukaan Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) pada tengah malam ini, kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma bermula esok sehingga 2 Januari 2024.
Perkara itu disahkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Nanta Linggi.
Pemberian tol percuma itu akan melibatkan Lebuhraya WCE melibatkan Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa.
“Pengecualian tol akan diberikan selama 43 hari sehingga 2 Januari 2023, jam 11.59 malam.

“Tol percuma ini diberikan kepada pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau sebaliknya (di kedua-dua arah),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan jajaran baharu Lebuhraya WCE di Jeram, sebentar tadi.
Jajaran baharu sepanjang 21.8 kilometer itu akan menghubungkan secara terus pengguna lebuh raya dari Kapar ke Assam Jawa, Selangor.
Ini bermakna perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa kini cuma mengambil masa 15 minit berbanding 45 minit sebelum ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini akan memberi kesan positif dalam merancakkan industri pelancongan tempatan.
“Destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan misalnya, kini, boleh diakses dengan lebih mudah oleh pengunjung.
“Ini akan dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan itu serta mewujudkan peluang baharu untuk perniagaan tempatan,” katanya.

Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini juga mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuhraya LATAR yang menawarkan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna.
Empat seksyen pertama Lebuhraya WCE telah dibuka sebelum ini pada 2019.
Ia melibatkan tiga seksyen di Perak:
- Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan).
- Seksyen 9 (Lekir – Changkat Chermin).
- Seksyen 10 (Changkat Chermin – Beruas).
Selain itu, terdapat satu di Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan – Bandar Bukit Raja Utara).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3397
SELANGOR
BSU8406
JOHOR
JG9260J
PULAU PINANG
PSH2250
PERAK
APM7261
PAHANG
CFJ3407
KEDAH
KGJ7135
NEGERI SEMBILAN
NEM5079
KOTA KINABALU
SJV165
KUCHING
QAB9481P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge