EPMB Bekalkan 150K Set Tempat Duduk Kepada Proton

EP Manufacturing Berhad secara rasminya membuka kilang pengeluaran tempat duduk kereta di Tanjung Malim, Perak, semalam.
Kilang tersebut yang akan membekalkan tempat duduk kenderaan untuk syarikat Proton dibangunkan dengan pelaburan lebih daripada RM30 juta.
Malah, kilang pengeluaran tempat duduk kereta EPMB mempunyai kapasiti awal untuk mengeluarkan 150,000 set tempat duduk kereta Proton pada setiap tahun.

Ini bermakna, EPMB akan memenuhi keperluan PROTON untuk pengeluaran kenderaan yang akan datang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, pembukaan kilang itu adalah langkah kritikal dalam kerjasama EPMB dengan PROTON, yang sudah terjalin hampir empat dekad.
“Ini adalah kali pertama EPMB melibatkan diri dalam pengeluaran dan pemasangan tempat duduk, dan kami berasa berbesar hati kerana PROTON memberi kami peluang ini.
“Kami komited sepenuhnya kepada kejayaan PROTON dalam mencapai sasaran mereka, serta pelan hala tuju PROTON di pasaran NEV,” katanya.

Majlis pelancaran itu disaksikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.
Untuk makluman anda, kilang terbabit merupakan kilang pertama EPMB untuk tujuan pengeluaran tempat duduk kereta.
Ia merupakan kes yang menarik kerjasama dan pemindahan teknologi dalam ekosistem PROTON.
Projek membangunkan kilang ini melibatkan perkongsian teknikal antara EPMB dan pengeluar alat ganti kenderaan China Zhejiang Jujin Automobile Motor-cycle Accessories Co., Ltd., yang kini membekalkan tempat duduk kereta kepada Geely.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7314
SELANGOR
BSU9301
JOHOR
JH1719J
PULAU PINANG
PSH2981
PERAK
APM7926
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7457
NEGERI SEMBILAN
NEM5426
KOTA KINABALU
SJV1073
KUCHING
QAB9646P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge