ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Gila! Bawa Bas 40 Penumpang Dengan Lesen Motosikal, Akhirnya 'Kantoi'

Sofea Najmi

Kongsi melalui
thumb-BAWA-BAS-DENGAN-LESEN-MOTOSIKAL-.png

Seorang lelaki ditangkap memandu sebuah bas persiaran dengan sekitar 40 penumpang tanpa lesen (Gambar hiasan)


"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Seorang lelaki berusia 22 tahun memberikan alasan menggantikan tugas abangnya sebagai pemandu bas, namun apabila diminta untuk menunjukkan lesen, yang ada hanyalah sekeping lesen motosikal. Kes ini dilaporkan dikesan berlaku semasa operasi Op Patuh Bersepadu di Plaza Tol Sungai Ramal, semalam.


Lelaki tersebut didapati memandu bas persiaran yang dipenuhi dengan sekitar 40 penumpang, termasuk warga asing yang bekerja sebagai kontraktor.


Dia mengakui menggantikan abangnya yang biasanya memandu bas tersebut kerana abangnya menghadiri kenduri pada malam itu. Untuk menggantikannya, lelaki tersebut diberi upah sebanyak RM30 untuk satu perjalanan.


"Selalunya abang saya yang bawa bas, saya hanya ganti sahaja sebab dia ada kenduri malam ini. Abang bagi upah RM30 untuk bawa bas ini kali ini (satu trip).


"Saya tahu bawa bas walaupun tiada lesen sebab selalu ikut abang bawa bas. Selalunya bas yang dibawa adalah bas kilang, namun hari ini kebetulan bas itu rosak dan bas persiaran ini disewa.


Lelaki tersebut mengakui tahu memandu bas meskipun tidak mempunyai lesen khas untuk itu. Menurutnya, dia sering menemani abangnya yang biasanya memandu bas kilang. Namun, kali ini, bas kilang tersebut mengalami kerosakan, dan mereka memutuskan untuk menyewa bas persiaran.


e-hailing-rider-1.jpeg


Pemandu bas tersebut yang merupakan seorang penunggang e-hailing menggantikan tugas abangnya pada malam tersebut (Gambar hiasan)


"Sebelum ini, saya pernah bawa bas beberapa kali dan ini kali pertama saya 'kantoi' bawa bas walaupun ada lesen motosikal sahaja," jelasnya yang merupakan seorang penunggang e-hailing.


Bas persiaran terbabit disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX6224

SELANGOR

BSU9073

JOHOR

JH1375J

PULAU PINANG

PSH2836

PERAK

APM7835

PAHANG

CFJ3612

KEDAH

KGJ7437

NEGERI SEMBILAN

NEM5351

KOTA KINABALU

SJV931

KUCHING

QAB9610P

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026
Berita Auto

ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta

Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.

05-11-2026
Berita Auto

Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50

Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.

05-11-2026
Berita Auto

Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER

Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.

05-11-2026
Berita Auto

Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k

Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.

04-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.