ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Jelajah 5 Negara Sebab Nak Tengok Keupayaan Ioniq 5

Suhana Veru

Kongsi melalui

IMG_2682.jpg

Syarikat Hyundai Motor melancarkan Jelajah ASEAN "Go Far with Zero Worries" IONIQ 5, yang membabitkan perjalanan sepanjang 2,751 kilometer dengan merentasi lima negara di Asia Tenggara.

Antara negara yang dijelajah ialah Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja dan akan berakhir di Vietnam.

Acara “Flag Off” itu dilepaskan dari  Hyundai Motor Group Innovation Center Singapore (HMGICS) semalam.

IMG_2606.jpgIMG_2597.jpg

Konvoi itu melibatkan 24 peserta dan perjalanan mereka itu akan berakhir di Istana Diraja Ho Chi Minh City di Vietnam pada 30 November ini.

Konvoi jelajah ini akan turut mengunjungi lebih 20 destinasi ikonik sepanjang perjalanan, termasuk destinasi seperti Penang Heritage Walk di Pulau Pinang, Malaysia dan Kuil Bayon di Kemboja.

Untuk itu, lima model Ioniq 5 digunakan bagi membuktikan kebolehpercayaan serta menguji keupayaanya dalam mengharungi perjalanan jarak jauh.

IMG_2625.jpg

Presiden Hyundai Motor ASEAN, Youngtack Lee berkata, program jelajah itu diadakan bagi menunjukkan kebolehpercayaan, mesra alam, dan keupayaan jarak jauh IONIQ 5.

“Untuk itu, ia dapat mengatasi kebimbangan pengguna tentang kenderaan elektrik terutamanya di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

IMG_2643.jpg

Merintis era baharu dalam teknologi automotif, ujarnya, Hyundai akan menayangkan ciri inovatif IONIQ 5 Vehicle to Load (V2L).

"Sistem V2L ini akan menjadikan Ioniq 5 sebagai penggerak kuasa yang bukan sahaja memberikan manfaat kepada para peserta, malah akan digunakan untuk menjadi sumber kuasa kepada pelbagai peralatan elektrik untuk acara komuniti setempat.

“Ini membuktikan teknologi berfikiran ke hadapan ini menggambarkan komitmen Hyundai untuk ke arah mobiliti mampan, mengubah IONIQ 5 menjadi daya penggerak untuk perubahan positif di seluruh rantau ASEAN,” tambahnya.

Sehubungan itu, konvoi berkenaan bukan sahaja menandakan kerjasama bersejarah antara pemegang tetapi juga melambangkan ketersambungan dan kerjasama yang lancar merentasi sempadan selain menjadi pemangkin kepada perubahan positif dan inovasi teknologi.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

20-12-2025
Global

03-11-2025
Global

08-08-2025
Teknologi
Teknologi

16-12-2024
Global

09-12-2024
Global

19-11-2024
Global

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.