Malaysia Pasaran Pertama Terima Ford Ranger Platinum

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) secara rasminya merasmikan Ford Ranger Platinum ke pasaran tempatan, pagi tadi.
Platinum baharu ini dijual dari harga bermula dari RM183,888 (di atas jalan raya, tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia.

Apa yang cukup menarik ialah Malaysia adalah pasaran pertama yang melancarkan Ranger Platinum baharu di ASEAN.
Pengarah Urusan Ford Asia Pasific Distributor Markets (APDM), DJ Simpson berkata pihaknya cukup menitiberatkan pandangan para pelanggannya sepanjang proses Pembangunan Ranger berkenaan.

“Kami telah melihat pertumbuhan bagi model mewah dalam segmen ini sejal beberapa tahun lalu, jadi kami mencabar diri untuk mencipta kenderaan yang memenuhi segala keperluan dan kehendak pelanggan,”katanya.
Ranger Platinum boleh didapati secara ekslusif dalam spesifikasi dwikabin dan ia dijana dengan enjin Ford 2.0L Bi -Turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 210 PS dan tork 500Nm.
Kuasa disalurkan menerusi sistem pacuan empat roda dengan sebahagian kawalan elektrik serta digabungkan dengan transmisi automatic 10 nisbah kelajuan termasuk ciri e-Shifter.
Menjengah bahagian luarannya, ia diserlahkan dengan gil unik, roda aloi 20- inci serta lambang Platinum pad bahagian bonet depan selain dihiasi dengan Silk Chrome dan power roller shutter.


Sementara itu, ia juga hadir dengan lampu depan LED Matrix dan pintu tailgate secara tertutup, dan terdapat Flexible Rack System serba pintar.
Flexible Rack System pintar boleh dikendalikan oleh satu orang dan dikunci pada lima kedudukan berbeza di sepanjang kotak muatan.
Bagi kabinnya pula, ia menyediakan kelengkapan dalaman yang agak premium kerana kerusinya hadir dengan jahitan yang cukup menyerlah.

Antara kelengkapan lain ialah kluster instrumen digital bersaiz 12.4 inci, kerusi depan berhaba dan ia boleh dilaraskan secara 10 hala.
Ia juga hadir dengan skrin infotainmen 12-inci dengan SYNC® 4A terkini, pembesar suara Bang & Olufsen dan pencahayaan ambien, e-Shifter dan Bantuan Parkir Aktif 2.0.
Ranger Platinum Baharu ini agak berbeza dengan varian Ranger lain kerana papan pemukanya diilhamkan daripada Ford Everest selain menampilkan rak tertutup dan ada juga lambang pada kerusi depan dan karpet lantai.


Bagi yang berminat, Ranger Platinum Baharu disediakan dengan waranti pengeluar selama lima tahun atau 160,000 km, yang mana lebih awal.
Pelanggan juga boleh memilih untuk melanjutkan waranti kepada enam atau tujuh tahun atau sehingga 40,000km dengan pakej waranti lanjutan Premium Care (EWP).
Untuk terus menambah baik pengalaman pemilikan, Ford juga menawarkan pakej Pelan Perkhidmatan Lanjutan (ESP) bagi kedua-dua model yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pelanggan.

Difahamkan, sempena majlis pelancaran tadi, para pelanggan yang menempah jentera baharu ini bermula hari ini hingga 5 november berpeluang menerima telfon Xiaomi secara percuma .
Sebagai bonus istimewa, pelanggan juga akan menerima diskaun Ford ranger Gateways bernilai RM1,000.
Untuk maklumat lanjut layari, sdacford.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6224
SELANGOR
BSU9073
JOHOR
JH1375J
PULAU PINANG
PSH2836
PERAK
APM7835
PAHANG
CFJ3612
KEDAH
KGJ7437
NEGERI SEMBILAN
NEM5351
KOTA KINABALU
SJV931
KUCHING
QAB9610P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge