Maxis Sediakan 4G,5G Untuk Blueshark, JomCharge

Bagi mempercepatkan penggunaan penyelesaian e-mobiliti di negara ini, Maxis menjalinkan kerjasama dengan,penyedia skuter pintar, Blueshark dan pengendali rangkaian pengecas, JomCharge.
Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) itu dimeterai pada pameran E-Mobility Asia (EMA) 2023 yan diadakan di ibu negara semalam.
Untuk itu, Maxis akan menyediakan rangkaian 4G dan 5G kepada Blueshark dan EVC untuk menyokong keperluan e-mobiliti bagi aset dan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) mereka.
Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Prateek Pashine berkata, pihaknya gembira kerana dapat bekerjasama dengan kedua-dua pihak itu yang sedang menerajui segmen kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan.
“Kami berharap dapat memacu teknologi dan inovasi EV melalui penyelesaian perusahaan termasuk IoT, awan, perkhidmatan terurus, serta ketersambungan 4G dan 5G.
Majlis MoU itu disaksikan Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Difahamkan, Maxis akan meneroka penyelesaian digital inovatif dengan kedua-dua pihak untuk
mempercepatkan penggunaan teknologi baharu dalam ekosistem EV.
Sebagai permulaan, Maxis akan membangunkan papan pemuka ESG untuk membantu pelanggan Blueshark mengukur dan menganalisis jejak karbon mereka melalui skuter elektrik Blueshark.


Papan pemuka itu akan memanfaatkan keupayaan penuh Maxis yang merangkumi awan, analitik data, dan Internet Pelbagai Benda (IoT).
Rangkaian 4G dan 5G Maxis akan menyediakan ketersambungan penting bagi kenderaan-kenderaan Blueshark bagi memastikan pengumpulan data yang selamat dan boleh dipercayai untuk papan pemuka ESG tersebut dengan integrasi penuh antara muka pengaturcaraan aplikasi (API).
Maxis juga akan menyediakan ketersambungan rangkaian kepada stesen pertukaran bateri Blueshark, di seluruh Malaysia, untuk membantu mereka menganalisis dan menguruskan inventori bateri mereka.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1015
SELANGOR
BSU2738
JOHOR
JF3654J
PULAU PINANG
PSG2032
PERAK
APL9670
PAHANG
CFH9439
KEDAH
KGJ3759
NEGERI SEMBILAN
NEM2074
KOTA KINABALU
SJU4486
KUCHING
QAB7202P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge