MITI Akan Nilai Permohonan PEKEMA Bersama MOF

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) mengesahkan pihaknya sudah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berhubung kenaikan jumlah kenderaan import terpakai.
PEKEMA dikatakan meminta untuk meningkatkan jumlah kenderaan import terpakai daripada 35,000 unit kepada 50,000 unit setahun, dengan mengekalkan fi import sebanyak RM10,000 setiap unit.
Bercakap mengenai perkara itu, Presiden PEKEMA, Datuk. Mohamed Nazari Noordin, menyifatkan peningkatan kenderaan import akan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam industri kenderaan kereta import dan industri hiliran.
Langkah itu dilihat dapat mejana ekonomi melebihi RM2 bilion setiap tahun yang disumbangkan daripada industri kenderaan import.
“Selain itu, ia juga mendatangkan hasil fee import kenderaan kepada Miti dan pihak JKDM pula akan dapat kutipan hasil daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan.
“ Ia juga akan menjana pendapatan kepada industri lain yang terlibat seperti perbankan, insurans, jaminan kenderaan dan lain-lain,”katanya.
-full_normal.jpg)
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA KE-42 yang berlangsung di KLCC, semalam.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, dasar kerajaan yang memperkenalkan Dasar AP Terbuka telah meningkatkan jumlah pemegang AP daripada 100 syarikat kepada 300 syarikat sehingga kini.
Oleh itu, peruntukan AP sebanyak 35,000 setahun adalah tidak mencukupi untuk digunapakai oleh keseluruhan ahli PEKEMA.
“Saya amatlah berharap agar MITI dapat meluluskan permohonan untuk menambahkan kenderaan import terpakai sebanyak 15,000 unit kepada 50,000 unit setahun agar dapat memberi ruang yang lebih besar bagi pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara kereta.

Dari segi peratusan jualan ianya hanya 6.8% daripada TIV sebanyak 725,000 oleh MAA untuk tahun 2023. Lagipun tidak semua kenderaan ahli PEKEMA dapat dijual pada tahun kemasukan kenderaan tersebut,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memperhalusi cadangan Pekema untuk menaikkan jumlah kenderaan import terpakai daripada 35,000 kepada 50,000 unit setahun.

MITI akan membuat penilaian berdasarkan data terkini bersama Pekema dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi tujuan tersebut.
“Had kepada 50,000 unit dimohon kerana tahap yang ada sekarang iaitu 35,000 unit sudah lebih 30 tahun dan tidak memberi gambaran apa yang telah berlaku dalam masa tahun ini.
“Kementerian akan memperhalusi dan akan bekerjasama dengan Pekema untuk mencari asas justifikasi kenapa tahap ini perlu dilihat semula,” ujarnya.
Jadi, MITI akan buat keputusan berdasarkan data-data yang terkini dan pada masa sama, isu tersebut perlu dibincangkan dengan pihak MOF.
Sementara itu, Datuk Zainuddin Abd Rahman yang telah memimpin PEKEMA lebih dari satu dekad mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan Presiden PEKEMA.
Keputusan itu dibuat demi membuka peluang kepada pemimpin baharu untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan dalam persatuan ini.
Selain penstrukturan kepimpinan, PEKEMA juga telah melantik muka-muka baharu untuk jawatan Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa PEKEMA pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA KE-42 tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge