- Berita
- Berita Auto
- Pameran & Persidangan E-Mobility Asia Kini Berlangsung Di KLCC – Teknologi Inovatif EV Dipamerkan
Pameran & Persidangan E-Mobility Asia Kini Berlangsung Di KLCC – Teknologi Inovatif EV Dipamerkan

Pameran dan Persidangan E-Mobility Asia (EMA) telah membuka tirainya secara rasmi hari ini, membawakan pelbagai teknologi kenderaan elektrik (EV) termasuk inovasi automotif dan infrastruktur pengecasan daripada pelbagai syarikat. Acara ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 22 hingga 24 November 2023.
Acara yang berlangsung selama tiga hari ini membabitkan pameran perdagangan dan dua persidangan oleh rakan strategik iaitu Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM) dan Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii).
-full.webp)

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hadir bagi merasmikan Pameran dan Persidangan E-Mobility Asia (EMA)
Dirasmikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, acara EMA ini diadakan serentak dengan pameran perdagangan pertama Sustainability Environment Asia (SEA), di mana 100 pempamer tempatan dan luar negara menjangkakan lebih daripada 12,000 pengunjung.




Acara ini menyediakan platform bagi beberapa pemain industri EV tempatan seperti Eclimo Sdn Bhd dan rakan kerjasamanya, Denso Malaysia Sdn Bhd, RAP SEV, SP Metal Components Sdn Bhd, Power Steel & Electro-Plating Works Sdn Bhd dan Swift Bridge Technologies (M) Sdn Bhd.

-full.webp)


Antara pempamer antarabangsa yang terlibat pula ialah Nihon Denkei dari Jepun (penyedia penyelesaian ujian EV), Nextem E-Mobility dari Singapura (e-truck komersial), CAM (Sendok Group) (e-van), Betamek Electronics (produk elektronik automotif) dan banyak lagi.

-full.webp)
Selain itu, turut diadakan sepuluh sesi persidangan membabitkan 30 penceramah terkenal di rantau Asia termasuk Hong Kong, Korea Selatan dan India. Persidangan EMA diadakan bermula hari ini hingga esok, 22-23 Nov, membabitkan perbincangan pelbagai topik seperti penggunaan EV dua roda secara besar-besaran di ASEAN, elektrifikasi trak komersial, impak infrastruktur pengecasan terhadap alam sekitar dan lain-lain.
Pada hari terakhir acara, 24 Nov, satu persidangan khas diadakan oleh MARii bertajuk 'Persidangan Kemahiran Ekosistem EV Malaysia 2023: Meningkatkan Kemahiran Melalui TVET.’
Penganjuran acara ini menerima sokongan daripada rakan strategik antarabangsa termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand, serta Persatuan Persekutuan Kenderaan Elektrik Asia (AFEVA).


Selain persatuan antarabangsa tersebut, EMA juga disokong oleh beberapa syarikat dan persatuan tempatan seperti Maxis Malaysia, Persatuan ESG Malaysia (ESGAM), Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Selangor dan Wilayah Persekutuan (EMPTA), Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM) dan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).


Acara E-Mobility Asia ini berlangsung daripada 22 hingga 24 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi E-Mobility Asia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9857
SELANGOR
BSU2659
JOHOR
JF3530J
PULAU PINANG
PSG1920
PERAK
APL9589
PAHANG
CFH9422
KEDAH
KGJ3714
NEGERI SEMBILAN
NEM2051
KOTA KINABALU
SJU4442
KUCHING
QAB7190P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
E- Mobility Asia Bakal Dedah Pelbagai Teknologi EV
EMA akan membuat penampilan sulungnya bermula 22 – hingga 24 November 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
03-10-2023
13 Motosikal, 4 Skuter Elektrik Terbakar Depan KLCC, Harap Pemiliknya Sabar
13 skuter motosikal dan 4 skuter elektrik terbakar secara tiba-tiba di hadapan pusat-belah KLCC, semalam.
14-04-2023
Berita Terkini
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge