Pemandu Myvi Lari Lepas Gilis Lelaki Bangladesh
Nasib malang timpa bertubi-tubi ke atas seorang lelaki Bangladesh apabila dia dilanggar sebuah motosikal di Kilometer 35.2 Jalan Butterworth-Alor Setar, semalam.
Pada mulanya, dia cuma mengalami cedera ringan selepas dilanggar motosikal namun insiden itu bertukar menjadi tragis apabila dia digilis sebuah kereta Perodua Myvi.
Kejadian yang tular di media sosial menunjukkan dia yang masih terbaring di atas jalan raya gara-gara dirempuh motosikal, dirempuh sebuah Myvi.
Seorang lelaki dilihat sudah memberi amaran supaya memperlahankan kenderaan sebaliknya pemandu Myvi itu tidak mengendahkannya lalu terus melalui laluan berkenaan.
Seorang saksi kejadian berkata, rempuhan pertama tidak melibatkan kecederaan serius.
“Mangsa enggan diangkat dan dibawa ke tepi oleh orang ramai di lokasi kejadian menyebabkan Perodua Myvi yang dipandu laju hilang kawalan sebaik menghampiri lokasi itu dan melanggar mangsa menyebabkan dia tidak sedarkan diri,” katanya.
Bagaimanapun, pemandu Myvi itu dikatakan telah melarikan diri namun kejadian itu sempat dirakam orang ramai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu.
“ Buat masa ini, pemandu kereta yang terlibat dalam kejadian langar itu sedang dikesan,” katanya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG4395
SELANGOR
BSF5104
JOHOR
JYA5140
PULAU PINANG
PRR5012
PERAK
ANW6841
PAHANG
CFC1460
KEDAH
KGA9457
NEGERI SEMBILAN
NEG2403
KOTA KINABALU
SJL3132
KUCHING
QAB5163L
Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.74
EURO 5 B7
RM 2.94
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025
Berita Berkaitan
VIRAL : 3 Penunggang Motosikal Terjatuh Di Lokasi Sama, Tiada Kesan Tumpahan Minyak
Polis kini sedang mengesan dua penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu.
28-04-2025
Dalam 6 Tahun, Lebih 1,400 Kematian Akibat Kemalangan Lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
29-12-2024
Penjawat Awam Maut Di LPT 2
Gara-gara terlanggar penghadang lebuh raya, seorang lelaki yang menaiki kereta Myvi maut di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, Kemaman, pagi tadi.
26-11-2024
Satu Nyawa Melayang Setiap 80 Minit, 70% Penunggang Motosikal
Kemalangan jalan raya tahun lalu menyebabkan 6,000 kematian dengan purata satu nyawa terkorban setiap 80 minit.
11-10-2024
"Angka Ini Sangat Menyedihkan,"- Loke
Ramai penunggang motosikal terkorban di atas jalan raya.
17-05-2024
Apa Kes, Tesla Buat Hal!
Sebuah Tesla berwarna merah merempuh seorang penunggang motosikal sehingga tersembam di atas jalan raya.
13-05-2024
Berita Terkini
Harga Runtuh: MG Tawar MG5 Semurah RM86,900
MG Motor Malaysia menawarkan harga promosi kaw-kaw untuk dua model terbaharunya, MG5 dan MG4 sempena promosi pertengahan tahun.
18-06-2025
Gagal Pemeriksaan Tayar: 600 Kenderaan Perdagangan Guna Tayar Tidak Ikut Spesifikasi
Kebanyakan kenderaan perdagangan didapati menggunakan tayar tidak selamat.
18-06-2025
Selepas Subsidi Bersasar RON95, Cukai Karbon Pula?
Nampaknya, selepas subsidi RON95, cukai karbon pula menanti kita!
18-06-2025
Lokasi Kemalangan Pelajar UPSI, Sudah Ada Garisan Kembar
Tular mengenai lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak sudah mempunyai garisan berkembar.
17-06-2025
Banyaknya Kereta Terbiar Di KL, Kenapa Pemilik Tak Nak Jual?
Di Kuala Lumpur sahaja, aduan awam berkaitan kenderaan terbiar mencecah lebih 2,500 kes setiap tahun.
17-06-2025
Subsidi RON95 Diteruskan Atau Tidak, Ini Jawapan PM
Nampaknya, kerajaan akan meneruskan rancangan untuk rasionalisasi subsidi RON95 dalam tempoh terdekat ini.
17-06-2025
Kenaikan Harga RON95 Tidak Menjejaskan Majoriti, Kata PMX
Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api RON95 kerana ia adalah langkah penting untuk kepentingan negara.
16-06-2025
Renate Noessler Terajui VPCM
VPCM dan PHSAM mengumumkan pihaknya telah melantik Renate Noessler sebagai Pengarah Urusan VPCM untuk mengetuai operasi dan perniagaan VPCM.
16-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat