Proton Bakal Lancar Lagi PROTON X50 Facelift?

Persoalan mengenai model Proton yang dilekat dengan camo (pelekat) akhirnya terjawab.
Rupa-rupanya ia adalah model terbaharu Proton X50 facelift yang dikatakan akan dilancarkan pada tahun depan.
Sebelum itu, tular beberapa keping gambar model terbaharu itu di halaman Facebook Proton X50 Community Malaysia sejak semalam.


Gambar berkenaan dikongsi dua orang ahli kumpulan itu, Zany Muhammad dan Jerry Khen.
Melihat kepada bahagian belakangnya, rekaannya kelihatan hampir serupa dengan Geely Binyue facelift yang diperkenalkan pada tahun tahun lalu.
Geely Binyue facelift 2022 disumbat dengan enjin 1.5 liter empat silinder turbo berkuasa 181 hp.
Buat masa ini, Proton x50 masih menggunakan enjin 1.5 liter tiga silinder turbo yang mampu menghasilkan berkuasa 177 PS/255 Nm.

Rekaan versi facelift ini dilihat telah diolah semula bagi menampakkan ia lebih agresif dan tampak muda.
Menjengah bahagian belakangnya, versi ini masih menggunakan empat ekzos manakala lampu hadapannya pula agak nipis dan tajam manakala bamparnya juga kelihatan agak ganas.
Selain itu, tidak banyak yang boleh dijelaskan memandangkan ia diselindungi dengan pelekat hitam dan putih.
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi Proton dalam tempoh terdekat ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA4769
SELANGOR
BSV2915
JOHOR
JH7594J
PULAU PINANG
PSH5417
PERAK
APN2100
PAHANG
CFJ4632
KEDAH
KGJ9095
NEGERI SEMBILAN
NEM6562
KOTA KINABALU
SJV2938
KUCHING
QAB701Q
Terakhir Kemas Kini 22 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga DENZA D9 Prestige AWD?
Harga DENZA D9 Prestige AWD Diumum: RM345,800, Jarak 650km
19-11-2026
Berapa Harga Toyota Yaris 2027?
Toyota Yaris 2027 rasmi dilancar di Malaysia pada harga bermula RM90,400. Ketahui spesifikasi terkinI.
16-11-2026
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge