Ramai Betul Tempah Model Perodua

Melihat jenama Perodua semakin laku keras, Perodua menaikkan sasaran pengeluarannya tahun ini kepada 338,000 unit dan menetapkan sasaran jualan setinggi 325,000 unit kenderaan menjelang akhir tahun ini.
Perodua meletakkan sasaran itu memandangkan bekalan komponen yang bertambah baik daripada vendor automotif serta permintaan yang sihat bagi model keluarannya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, dalam bulan ini sahaja, pihaknya mencatatkan prestasi pengeluaran dan jualan tertinggi, masing-masing 35,111 unit dan 33,836 unit.
“Ini kerana peningkatan dalam pengeluaran dapat dicapai dengan sumber yang tersedia dalam ekosistem automotif semasa dan perkembangan itu memberi petunjuk kepada potensi pertumbuhan bagi kedua-dua sisi permintaan dan bekalan dalam industri berkenaan.
“Bagaimanapun, terdapat beberapa isu seperti ketersediaan bekalan cip semikonduktor dalam jangka panjang masih berlaku, namun kami sudah mempunyai bekalan yang cukup. Oleh itu, prestasi suku keempat Perodua dijangka menjadi yang terbaik dalam sejarah,” katanya.

Dari segi jualan dari Januari hingga Oktober 2023, sebanyak 267,063 unit telah didaftarkan, dengan kenaikan sebanyak 20.2% daripada 222,203 unit dalam tempoh sama tahun lalu.
“Jika momentum ini berterusan, industri automotif berpeluang untuk terus berkembang pada tahun 2024 dan ia akan membantu melonjakkan sentimen pengguna walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi tahun hadapan.
“Pada masa ini, fokus kami adalah untuk memaksimumkan potensi syarikat dalam aspek pengeluaran dan jualan bagi membolehkan para pelanggan kami menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih pantas,” tambahnya.

Pada Januari 2023, syarikat kereta kompak itu ada mengumumkan sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 unit dan sasaran jualan sebanyak 314,000 kenderaan berdasarkan momentum jualan yang diterima.
Ia juga ada kaitan dengan lanjutan penghantaran bagi kenderaan yang mendapat pengecualian cukai jualan pada tahun 2021 di samping permintaan yang baik terhadap model baharunya, Perodua Axia.

Sebagai rujukan, Perodua menghasilkan 22,974 unit kenderaan pada Oktober 2022 dan mendaftarkan 24,849 unit kereta dalam tempoh sama tahun lalu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9827
SELANGOR
BST8963
JOHOR
JE5916J
PULAU PINANG
PSF7343
PERAK
APL6244
PAHANG
CFH7982
KEDAH
KGJ2151
NEGERI SEMBILAN
NEL9551
KOTA KINABALU
SJU2247
KUCHING
QAB6004P
Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat