37, 242 Saman Trafik Sudah Dibayar

Percaya atau tidak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip saman berjumlah RM5.6 juta sempena acara Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berlangsung selama tiga hari di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Seperti diketahui umum, orang ramai sanggup menunggu awal pagi semata-mata untuk melunaskan saman tertunggak mereka. Apatah lagi, PDRM menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus sepanjang program berlangsung dari 8 Disember hingga 10 Disember lalu.
Berdasarkan poster di halaman Facebook PDRM, pada hari pertama, pihaknya berjaya mengutip RM1.3 juta, hari kedua (RM1.9 juta) manakala hari ketiga (RM2.2 juta) sekali gus menjadikan jumlah kutipan mencecah sehinga RM5.6 juta.

Bercakap mengenai perkara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesahkan 37,242 saman trafik sudah selesai dibayar sepanjang pemberian diskaun saman 50% pada minggu lepas.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, kebanyakan saman itu dibayar melalui portal dan aplikasi MyBayar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dengan rekod penyelesaian saman sebanyak 87.4 peratus (tidak termasuk penyelesaian saman di kaunter), sebanyak 12,300 pesalah trafik telah menjelaskan 37,242 saman dalam tempoh dua hari,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, beliau mengakui kempen pengurangan kompaun saman sehingga 50 peratus itu mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Begitupun, orang ramai dinasihatkan tidak hanya menunggu ketika tawaran diskaun diumumkan bagi menjelaskan saman tertunggak.
Pemberian diskaun adalah bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Sebaliknya, tawaran pengurangan kompaun itu tidak termasuk kesalahan lalu lintas sepanjang tahun 2023.

Äntaranya:
• Saman kemalangan
• Kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan
• Kesalahan tidak boleh dikompaun
Sebanyak 14 kaunter dibuka sejak 8 Disember hingga 10 Disember lalu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge