- Berita
- Berita Auto
- Apple Bakal Lancarkan CarPlay Eksklusif Mengikut Model, Pratonton Pada Porsche & Aston Martin
Apple Bakal Lancarkan CarPlay Eksklusif Mengikut Model, Pratonton Pada Porsche & Aston Martin

Apple telah melancarkan perkhidmatan CarPlay yang eksklusif untuk model-model Porsche dan Aston Martin
Setelah diumumkan pada tahun 2022, syarikat teknologi Apple akhirnya mempertontonkan perkhidmatan CarPlay versi generasi seterusnya, yang menampilkan reka bentuk dan susun atur yang lebih eksklusif. Dijangka dilancarkan pada tahun 2024, syarikat ini telah memperlihatkan sistem baharu ini pada model Porsche dan Aston Martin untuk memberi gambaran kepada pelanggan tentang apa yang boleh dijangkakan.
CARPLAY GENERASI AKAN DATANG PADA ASTON MARTIN

CarPlay versi lebih canggih daripada Apple dipamerkan pada sebuah Aston Martin
Apabila dilancarkan nanti, sistem CarPlay pada Aston Martin akan digunakan bukan sahaja pada skrin infotainmen tengah, tetapi juga pada kluster instrumen digitalnya. Penggunaan sistem CarPlay pada instrumen digital membolehkan skrin tersebut memaparkan lagu yang dimainkan. Sementara itu, pada skrin tengah, beberapa kawalan penting telah diintegrasikan dalam menu CarPlay, termasuk sistem kawalan pendingin hawa.
Walaupun tidak banyak yang dapat dilihat melalui imej pertama ini, ia memberikan kita gambaran yang jelas tentang ciri eksklusif yang mampu ditawarkan CarPlay. Yang menariknya lagi, integrasi sistem CarPlay ke dalam kluster instrumen digital membolehkan pemandu mengubah susunan atau aplikasi yang dipaparkan mengikut selera masing-masing, misalnya dengan memasukkan aplikasi Apple Map, Waze, Google Maps, dll.
CARPLAY GENERASI AKAN DATANG PADA PORSCHE

CarPlay generasi seterusnya yang direka khas untuk Porsche
Seterusnya, Apple mempertontonkan bagaimana CarPlay terbaru akan beroperasi pada jenama mewah keluaran Jerman, Porsche. Pada model ini terdapat tiga skrin termasuk skrin khas untuk penumpang. Sama seperti Aston Martin, CarPlay pada model ini juga menawarkan pelbagai pilihan penyesuaian pada susunan kluster instrumen digital kereta. Khas pada model ini ialah ciri pencatat masa pusingan (lap time).

Mengenai skrin paparan utama dan ketiga Porsche, yang pertama menampilkan susunan menu utama Apple CarPlay yang biasa, yang turut memaparkan kawalan pendingin hawa sama seperti Aston Martin. Sementara itu, skrin hadapan khas untuk penumpang pula menunjukkan maklumat penting seperti fungsi peringatan untuk kalendar, cuaca dan sebagainya. Walaupun tidak dijelaskan, kami pasti, paparan pada skrin ini juga boleh diatur mengikut keinginan.
Semasa acara Worldwide Developers Conference, Apple berjanji bahawa CarPlay generasi seterusnya mampu bergabung dengan sistem telematik kereta. Ini bermakna CarPlay baharu itu nanti boleh mengumpulkan data pemanduan seperti speedometer, bateri, penunjuk bahan api dan sebagainya dan memaparkannya pada menu CarPlay.


Langkah ini adalah selaras dengan matlamat untuk menyediakan integrasi yang lebih baik antara iPhone dan kenderaan yang membolehkan pengguna mengakses semua aplikasi melalui sistem infotainmen kereta. Apple juga menjamin bahawa semua data yang dikumpulkan daripada kereta tidak akan disimpan pada iPhone pengguna bagi memastikan privasi data kenderaan kekal terjaga.
Buat masa ini, Apple dijangka akan melancarkan sistem CarPlay eksklusif generasi seterusnya seawal tahun 2024.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1287
SELANGOR
BST6904
JOHOR
JE2548J
PULAU PINANG
PSF5430
PERAK
APL4639
PAHANG
CFH7319
KEDAH
KGJ1104
NEGERI SEMBILAN
NEL8402
KOTA KINABALU
SJU1246
KUCHING
QAB5624P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
BUDI Diesel Boleh Dipindah Kepada Berapa Orang?
Berita baik, Budi Diesel Kini Boleh Dipindah Kepada 3 Individu.
17-09-2026
33 Lori 'Kuasai' Lorong Kanan Disaman
Kenderaan berat sepatutnya kekal di lorong paling kiri dan hanya menggunakan lorong tengah sekiranya perlu memotong.
15-09-2026
JPJ Tahu Modus Operandi Motosikal Roda Tiga
Ketahui tindakan tegas JPJ menerusi Op PEWA terhadap warga asing pandu tanpa lesen dan dokumen sah, termasuk risiko berat buat pemilik kenderaan.
15-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Saman Trafik Warga Emas: JSPT Dedah Punca Utama.
4 Kesalahan Trafik Utama Warga Emas: Pandu Laju Tertinggi
14-09-2026
Jualan Kereta Ogos 2026: Bezza Juara, e.MAS 5 Masuk Top 5
Senarai kereta terlaris Malaysia.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat