ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tahun 2024, Jaecoo Dedahkan Slogan Baharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jaecoo-J7-Malaysia-1.jpg

Jaecoo telah mendedahkan slogan jenamanya untuk pasaran Malaysia, “From Classic, Beyond Classic."

Jenama automotif China, Jaecoo, kini sedang bersiap sedia untuk memasuki pasaran automotif tempatan dengan model pertama, sebuah SUV, Jaecoo J7, pada tahun 2024 nanti. Menjelang kedatangan rasmi syarikat tersebut di Malaysia, Jaecoo telah mengumumkan slogan rasmi jenama ini untuk pasaran negara “From Classic, Beyond Classic.”


Jaecoo-J7-Malaysia-6.jpgJaecoo-J7-Malaysia-3.jpg


Frasa “From Classic” menekankan identiti asli Jaecoo yang diwarisi daripada syarikat induk, Chery, yang merupakan pakar dalam industri automotif. Walaupun merupakan jenama baru, Jaecoo mendapat manfaat daripada pengalaman luas Chery, yang jelas terlihat melalui sistem pintar All Road Drive Intelligent System (ARDIS) yang menjadi asas pembangunan SUV J7.


Jaecoo-J7-Malaysia-4.jpgJaecoo-J7-Malaysia-11.jpg


Sementara itu, falsafah "Beyond Classic" Jaecoo pula menegaskan komitmennya untuk mengintegrasikan teknologi pintar. J7, sebuah SUV segmen C, hadir dengan ciri-ciri terkini seperti pemproses Qualcomm 8155 yang memberikan kuasa pengkomputeran yang canggih untuk skrin panoramik 14.8 inci, paparan-di-kepala (HUD) dan banyak lagi.


Pengumuman yang dibuat ini menandakan kemasukan Jaecoo ke pasaran tempatan yang dijangka pada tahun 2024. J7, yang akan bersaing dengan model seperti Mazda CX-5 dan Proton X70, mencerminkan kesungguhan Jaecoo untuk bertanding dalam pasaran SUV segmen C yang kompetitif. 


Jaecoo-J7-Malaysia-7.jpgJaecoo-J7-Malaysia-9.jpg


Dua unit terawal yang telah tiba di Malaysia menggunakan sistem AWD

Chery-Jaecoo-7-SUV-China-2.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-9.jpg

Jaecoo-J7-Malaysia-2.jpgChery-Jaecoo-7-SUV-China-6.jpg

CariCarz berpeluang untuk melihat Jaecoo J7 semasa acara Chery International User Summit 2023 di China


Semasa acara Chery International User Summit 2023 yang berlangsung di China baru-baru ini, kami telah diberikan peluang untuk melihat J7 dengan lebih dekat. Dikenali sebagai Chery Tansuo 06 di China, J7 dilengkapi dengan enjin turbo 4-silinder 1.6L yang memberikan kuasa 186 PS dan 275 NM, dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan. J7 ditawarkan dalam versi pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan kesemua roda (AWD) untuk pasaran antarabangsa. 

Jaecoo-J7-Malaysia-8.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

14-08-2025
Berita Auto

21-03-2025
Berita Auto

17-02-2025
Kereta Baru

06-02-2025
Berita Auto

03-02-2025
Berita Auto

17-01-2025
Berita Auto

13-01-2025
Kereta Baru

06-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.