Chery Malaysia Rasmi Pusat 4S Kuantan – Terbesar Di Pantai Timur

Chery Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 4S pertama dan yang terbesar di pantai timur yang terletak di Kuantan, Pahang
Chery Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat 4S baharu di Kuantan, Pahang. Cawangan tersebut yang dikendalikan oleh syarikat pengedar Evenergy Auto Sdn Bhd, berdiri sebagai Pusat 4S pertama dan terbesar Chery di pantai timur.
Pembukaan fasiliti ini dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, dan dihadiri oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Chery Malaysia, Leo Chan dan Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Lee Chean Chung.

Menteri Besar Pahang, YAB Datuk Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail hadir merasmikan pembukaan Pusat 4S Chery Malaysia yang pertama di pantai timur
Menurut Chery Malaysia, Pusat 4S Kuantan ini bukan sahaja untuk para pelanggan di sekitar negeri Pahang, tetapi juga negeri terdekat yang lain seperti Terengganu dan Kelantan.
Cawangan Chery terbaru di Malaysia ini merupakan sebuah fasiliti serba lengkap dengan bilik pameran, ruang servis dan bengkel badan dan cat kereta.
Semasa majlis perasmian yang diadakan semalam (Ahad, 3 Disember 2023), turut diadakan sesi pra-tonton model EV, Chery Omoda E5 kepada tetamu dan pelanggan yang hadir. Menjadikan bilik pameran ini sebagai yang pertama bagi Chery Malaysia yang menganjurkan sesi pra-tonton EV yang masih belum dilancarkan ini kepada para pelanggan.


MB Pahang dalam ucapannya mengumumkan rancangan untuk mempercepatkan peralihan kepada EV di negeri tersebut, "Matlamat yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan untuk memasang 160 stesen pengecasan menjelang tahun 2025 akan mempercepatkan lagi penggunaan kenderaan elektrik dalam kalangan penduduk Pahang.”

Untuk makluman, Chery Malaysia telah memperkenalkan Omoda E5 kepada media tempatan pada minggu yang sama. Berbeza dengan Omoda 5 dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), kembar EV-nya ini dilengkapi dengan bateri 'Blade' LFP 61 kWh yang menyalurkan kuasa kepada motor hadapan dengan output 201 HP dan 340 NM.
Buat masa ini, Chery Malaysia belum mendedahkan harga atau membuka tempahan bagi model ini, tetapi mereka mengesahkan bahawa model ini bakal dilancarkan pada suku pertama tahun depan (2024).
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge