Foto Intipan Proton X70 Facelift – Reka Bentuk Depan Jauh Berbeza!

Baru-baru ini, salah seorang penulis CariCarz, Mukhlis Azman, ‘terserempak’ dengan prototaip Proton X70 semasa dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak.
Seperti yang diketahui umum, Proton X70 dikhabarkan akan diberikan pembaharuan besar, mungkin dalam tahun 2024. Prototaip yang berselindung di sebalik pelekat samaran ini dikesan semasa di Lebuhraya Karak menuju Kuala Lumpur, selepas terowong Genting Sempah, pada hari Jumaat lewat petang.




Berbeza dengan prototaip yang dilaporkan sebelum ini (atas), unit terkini yang kita lihat (di bawah) kelihatan agak berbeza. Perhatikan bagaimana bahagian belakang X70 tersebut kurang diberikan pelekat samaran.
Dibandingkan dengan visual prototaip X70 yang pernah didedahkan sebelum ini, kami yakin ini adalah unit yang berbeza. Ini adalah berdasarkan reka bentuk gril hadapan dan penutup panel yang berbeza, bahagian belakang juga diberikan pelekat samaran pada sudut yang berbeza.
Unit yang dikesan oleh penulis kami ini dilihat menggunakan reka bentuk lampu hadapan baharu yang sama seperti pada Geely Boyue Pro model 2019. Namun, rekaan gril depan model ini kelihatan sangat berbeza dengan model Geely tersebut.
Berdasarkan foto intipan versi terbaru ini, kami mengesyaki prototaip ini mungkin digunakan khas untuk menguji trenkuasanya.

Berdasarkan pemerhatian secara teliti, model ini dilihat menggunakan lampu hadapan baharu dengan rekaan sama seperti pada Geely Boyue Pro tahun 2019.
Bagaimanapun, prototaip ini merupakan satu petunjuk yang jelas bahawa model X70 akan diberikan sentuhan baharu dengan perubahan wajah yang signifikan dan mungkin diperkenalkan pada separuh pertama tahun depan.
Selain perubahan kosmetik, kita juga boleh menjangkakan peningkatan pada bahagian kabin, terutamanya pakej teknologi yang akan ditawarkan. Misalnya, skrin infotainmen dan paparan digital baharu seperti yang dapat dilihat pada X90 dan S70 baharu.

Walaupun lampu belakang masih kelihatan sama, bampar yang dibaluti pelekat ini menjadi petanda bahawa Proton mungkin akan memperkenalkan reka bentuk baharu untuk model akan datang.
Kita juga mungkin tidak akan melihat perubahan mekanikal yang drastik, bermakna kita masih boleh menjangkakan pilihan antara enjin turbo petrol 3-silinder 1.5 liter untuk varian rendah dan enjin turbo petrol 4-silinder 1.8 liter untuk varian pertengahan dan tertinggi, dan kesemuanya dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7 kelajuan.
Pada pendapat anda, apa lagi perubahan yang akan dapat kita saksikan pada model ini? Dan apakah yang anda harapkan terdapat pada X70 yang akan dilancarkan nanti? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja
Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.
30-03-2026
Proton Sokong Program Trade-In, Bantu Kurangkan Kos Beli Kereta Baharu
PROTON mengumumkan bahawa semua model terlibat dalam penawaran insentif tukar beli kepada pelanggan yang menukar kenderaan berusia 20 tahun atau lebih.
29-01-2026
Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!
Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.
08-01-2026
Proton X70 MC3 2026 Bakal Dilancarkan 8 Jan Ini, Apa Yang Baharu Kali Ini?
Proton X70 MC3 2026 bakal dilancarkan 8 Januari ini.
06-01-2026
Nahas 4 Kereta, 1 Maut, 8 Cedera
Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, Kajang pagi tadi.
27-09-2025
Berita Terkini
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat