Isi Minyak Di Petron, Rebut Peluang Melancong Ke Korea
-full.jpg)
Kempen Pam dan Menang Jom Jalan-Jalan kini kembali dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea (KTO) Malaysia serta ONE TV Asia.
Bermula 1 Disember lalu hingga 29 Februari 2024, pelanggan Petron Miles (P-Miles) berpeluang memenangi percutian percuma ke Korea Selatan melalui Jom Jalan-Jalan Seoul.
Ini bermakna, impian untuk menyaksikan K-Pop atau K-Drama akan menjadi kenyataan!
Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek turut mengakui fenomena ‘Hallyu’ telah menjadi gelombang dunia.
“Hari ini, Korea telah menjadi salah satu destinasi pelancongan utama untuk rakyat Malaysia.
"Kerjasama ini adalah bertepatan kerana kami berhasrat untuk memberi ganjaran kepada pelanggan menerusi pendedahan kepada pengalaman budaya yang memperkaya, lawatan ke lokasi pelancongan yang menarik, termasuk menikmati hidangan kulinari terbaik dan mengadakan lawatan eksklusif ke studio TV.
“Pengalaman ini seiring dengan DNA jenama kami iaitu mendahulukan kegembiraan pelanggan, mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan yang cemerlang serta menjalinkan hubungan jangka panjang yang bermanfaat kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.
-full.jpg)
Untuk makluman anda, Kempen Jom Jalan-Jalan yang pertama telah dilancarkan pada tahun 2021 dengan kerjasama Tourism Malaysia, untuk menawarkan pelanggan setia Petron dengan pakej percutian menarik di Malaysia akibat pandemik.
Tidak lama kemudian, program itu diteruskan melalui kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Türkiye pada tahun 2022, untuk memberi peluang kepada pelanggan memenangi pakej percutian yang menakjubkan ke Türkiye melalui Turkish Airlines.
Tahun ini, Jom Jalan-Jalan Seoul; menyasarkan untuk menyerahkan hadih menarik bernilai RM250,000 sepanjang tiga bulan ini kepada 62 pemenang bertuah.
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad P-Miles dan boleh disertai di lebih 770 stesen minyak Petron di seluruh negara.
-full.jpg)
Dengan pembelian petrol minimum RM50, pemegang kad P- Miles akan mendapat satu penyertaan, manakala pengguna aplikasi mudah alih P-Miles 2 akan mendapat penyertaan lima (5) kali ganda.
Petron juga bekerjasama dengan Malaysian Airlines untuk menyediakan dua (2) penyertaan bagi setiap penukaran mata ganjaran Enrich Miles sepanjang tempoh kempen.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen tersebut, layari www.petronmiles.com.my .
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge