ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Bimbang, UMW Toyota Jamin Ketelusan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT)  memberi menjamin kepada para pelanggannya  bahawa pihaknya cukup  komited untuk meneruskan pengurusan dengan telus dan penuh akauntabiliti selepas isu skandal ujian keselamatan Daihatsu kembali hangat, baru-baru ini.

Presiden UMW Toyota Motor,Datuk Ravindran K. berkata, pihaknya cukup peka  dalam mengekalkan piawaian dan kualiti tertinggi dalam kenderaan jenamanya.

“Jangan bimbang, kami sedang berusaha untuk memastikan kesemua kenderaan kami di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.

“Untuk itu, kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawalselia untuk menangani isu ini secara segera dan telus, dengan komitmen untuk menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada pasaran Malaysia,” katanya.

image.png

Beliau berkata demikian ketika mengulas lenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC) yang melaporkan ketidaksempurnaan prosedur dalam ujian yang di laksanakan oleh DMC, yang memberi kesan kepada tiga model Toyota yang diedarkan oleh UMWT di Malaysia.

Menurutnya, pihaknya memaham betapa penting kepercayaan para pelanggan, terhadap produk mereka.

“Kami tekad untuk memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap kami. Komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan sentiasa menjadi fokus utama kami,”tambahnya. 

image.png

Sebelum ini, Daihatsu Motor Co. mengakui pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan yang membabitkan bahagian panel sisi pintu pada 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya. 

Difahamkan, model yang terjejas bukan sahaja yang dijual di bawah jenama Daihatsu tetapi yang dibekalkan secara OEM kepada Toyota, Mazda dan Subaru.

Rentetan itu, beberapa model Perodua juga telah disenaraikan dalam kenyataan terbaharu ini, iaitu Axia generasi pertama, Axia generasi kedua, Aruz, Alza generasi kedua, Ativa, Myvi dan Bezza.

Bagi model Toyota yang disenaraikan  dengan pasaran Malaysia ialah Rush, Yaris, Vios dan Veloz.

Berdasarkan siasatan,  didapati terdapat 174 penyelewengan dalam 25 ujian yang dilakukan dalam ujian perlanggaran sisi tiang pada bulan April lepas.

Isu itu turut memberi tamparan hebat kepada pengeluar kereta nasional, Perodua dan UMW Toyota Motor (UMWT).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

UMW Toyota Catat Jualan Hampir 8,000 Unit Bulan Lalu, Corolla Cross Terlaris

UMWT terus mencatat prestasi memberangsangkan setelah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,929 unit kenderaan sepanjang Mac 2025.

12-04-2025
Global

Hilux Wide Tread, Garang, Lasak, Harga Pun Keras

Toyota Motor Thailand melancarkan satu lagi varian terbaharunya, Hilux Revo GR Sport Wide Tread.

21-03-2024
Kereta Baru

UMW Toyota Buat Saspen Je

Toyota Corolla GR Sport bakal tiba di Malaysia.

07-07-2023
Berita Auto

Jualan Toyota Terus Melonjak

Tahniah UMW Toyota, jualan terus mencanak.

06-07-2023
Berita Auto

Bila Toyota Innova Zenix Nak Lancar?

Gambar Toyota Innova Zenix 2023 bocor di internet.

24-05-2023
EV

Previu Toyota bZ4X: SUV Elektrik Bergaya Sporty, Capai 500 KM!

UMWT telah mempamerkan satu daripada enam unit Toyota bZ4X yang dibawa masuk ke Malaysia.

12-05-2023
Berita Auto

Toyota Makin Laku, Jangan Risau Jika Nak Tempah Vios

Jualan UMW Toyota meningkat pada bulan lalu berbanding bulan sama 2022.

08-05-2023
Berita Auto

Jangan GELABAH, UMW Toyota Motor Jamin Toyota Vios Selamat

Toyota Vios patuhi semua peraturan keselamatan.

02-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.