Kilang Pembuatan NEV Bakal Dibangunkan Di Negeri Sembilan, Ini 4 Kesannya Kepada Negara

Kilang pemasangan kenderaan (Gambar hiasan)
Sebuah kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) bakal didirikan di kawasan perindustrian Chembong, Rembau. Pelaksanaan projek ini dijangka dilakukan secara berperingkat mulai tahun depan sehingga 2028, melibatkan sebidang tanah seluas 74 ekar.
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata, projek yang melibatkan agensi swasta ini diharapkan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri, terutamanya dalam membuka peluang pekerjaan kepada 400 anak tempatan dalam sektor kemahiran.

Penubuhan kilang ini akan membuka peluang pekerjaan yang luas (Gambar hiasan)
"Ini merupakan perkara yang saya amat alu-alukan kerana Negeri Sembilan adalah negeri pertama di negara ini dalam pemasangan EV dengan terbinanya kilang tersebut saya juga berharap masyarakat dapat menerima kenderaan ini sebagai satu kenderaan masa hadapan yang baik. Inilah teknologi baharu perlu diterokai dari semasa ke semasa " katanya.
Berita pembinaan kilang NEV di dalam negara kita merupakan satu perkembangan yang baik kerana kita boleh menjangkakan impak positif dalam beberapa aspek seperti yang berikut:
1- Tenaga kerja tempatan akan terdedah kepada pelbagai aspek proses pembuatan kenderaan elektrik, termasuklah penggunaan teknologi terkini, penyelenggaraan, kawalan kualiti dan sebagainya.
2- Kilang NEV dijangka memberikan sokongan kepada pembekal tempatan dalam rantaian bekalan. Ini tidak hanya membuka peluang perniagaan, tetapi juga menyokong pertumbuhan usahawan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor automotif, yang secara keseluruhannya akan memperkukuhkan ekosistem industri tempatan.

3- Pelaburan dalam kilang NEV ini selaras dengan semangat kelestarian dan kesedaran alam sekitar. Kenderaan elektrik merupakan alternatif yang bersih dan berkesan untuk mengurangkan impak negatif kepada alam. Dengan meminimumkan penggunaan bahan api fosil, NEV membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pencemaran udara, memberikan sumbangan positif terhadap kualiti udara dan kesihatan masyarakat tempatan.
4- Dengan pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV) secara tempatan, rakyat dapat membeli kenderaan bebas karbon pada harga lebih mampu milik, mengurangkan kebergantungan kepada produk import, yang melibatkan cukai import, kos penghantaran dan bayaran lain.
Secara keseluruhannya, berita mengenai pembinaan kilang NEV di Chembong, Rembau, merupakan satu pencapaian bersejarah bagi negara. Ia tidak hanya membuka peluang pekerjaan dan kemajuan teknologi, tetapi juga dapat merangsang pertumbuhan industri automotif Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT7694
SELANGOR
BSP2133
JOHOR
JYU7196
PULAU PINANG
PSB3982
PERAK
APG6122
PAHANG
CFG2056
KEDAH
KGF3015
NEGERI SEMBILAN
NEK1254
KOTA KINABALU
SJR3673
KUCHING
QAB5463N
Terakhir Kemas Kini 17 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Careplus Lancar Program ESG: Kilang Pengeluaran EV yang Mesra Alam di Negeri Sembilan
Careplus Group Berhad semalam telah melancarkan program Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Careplus Group.
13-08-2024
Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG
NMSB tubuhkan kilang pertama di Malaysia bagi tujuan pengeluaran dan pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Operasi dijangka mula pada 2025.
12-01-2024
Berita Terkini
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?
Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.
17-04-2026
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"
Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.
14-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green
PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.
02-04-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas
Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.
24-03-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'
Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.
19-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat