Mazda 2 Sudah Boleh Ditempah: Harga RM108,670

Selain Mazda CX-3, Bermaz Motor turut mengumumkan ketibaan barisan model terbaharunya Mazda 2.
Mazda 2 yang merupakan versi import sepenuhnya (CBU) dari Thailand didatangkan dalam dua varian iaitu sedan dan Hatchback.
Ia ditawarkan pada harga bermula dari RM108, 670.


Difahamkan, Mazda 2 ini diilhamkan oleh tema reka bentuk Evolved Kodo: Soul of Motion yang menawarkan reka bentuk yang cukup menyakinkan, bergaya dan berkualiti.
Menjengah bahagian hadapannya, reka bentuk gril didatangkan dengan signatur Mazda menonjolkan ciri elegan, berani dan pada masa sama ia menawarkan penampilan yang cukup sporty serta berjiwa muda.
Bermaz Motor dalam satu kenyataan berkata, Mazda 2 ini telah dikemaskini bagi membuatkannya ia kelihatan lebih menonjol dan segar manakala ruang kabin juga agak serba baru.
Selain gril sarang lebah berwarna hitam, ia juga didatangkan rim aloi bersaiz 16 inci yang sebenarnya meningkatkan lagi penampilannya.
Malah, ia juga dilengkapi dengan lampu depan automatik, wiper cermin depan dengan pengesan air hujan manakala cermin pandang belakangnya juga boleh dilipat secara automatik.

Dari segi ciri-ciri dalamananya dan ketersambungannya, Mazda 2 dilengkapi dengan dengan cermin pandang belakang yang mampu mengurangkan silauan secara automatikdari kenderaan di belakang, dan terdapat juga ciri kawalan pelayaran , yang membolehkan pemandu mengekalkan kelajuan tetap tanpa menggunakan pedal akselerator.
Kemasan papan pemukanya kini berwarna hitam manakala tempat duduknya juga menampilkan kemasan material kulit berwarna hitam dan suede dengan jahitan berwarna merah.

Spesifikasi Mazda2 1.5L High Sedan dan Hatchback juga kekal tidak berubah, termasuk lampu depan LED, ada sambungan Apple Carplay dan Android Auto yang dapat diakses melalui Sistem Infotainmen 7 inci, serta sistem bantuan pemandu i-Activsense yang canggih.
Ia didatangkan warna termasuk Snowflake White Pearl, Soul Red Crystal, Platinum Quartz, Polymetal Gray (hanya varian Hatchback) dan warna baru yang ditambahkan AirStream Blue (hanya varian Hatchback) dan warna baru Aero Gray (hanya varian Sedan), menjadikan jumlah keseluruhan enam warna yang tersedia.

Bagi yang berminat, Mazda 2 sudah dibuka untuk tempahan dan ia didatangkan dengan Jaminan Pengeluar selama 5 tahun dan Penyelenggaraan Percuma selama 5 tahun (kecuali BT-50) mengikut piawaian pengeluar, termasuk upah, alat ganti dan pelincir.
Kedua-dua Jaminan Pengeluar dan Penyelenggaraan Percuma mempunyai tempoh jaminan selama lima tahun dan jarak tempuh 100,000km, yang mana lebih dahulu.
SPESIFIAKSI MAZDA 2
| WARNA BADAN | MAZDA2 |
| Soul Red Crystal | ✔ |
| Platinum Quartz | ✔ |
| Snowflake White Pearl | ✔ |
| Polymetal Gray | ✔ |
| Airstream Blue (Hatchback Variant only) | ✔ |
| Aero Gray (Sedan Variant only) | ✔ |
HARGA MAZDA 2
| VARIANT | MAZDA2 |
| MAZDA2 1.5L SEDAN / HATCHBACK | RM 108,670.00 |
| MAZDA2 1.5L SEDAN / HATCHBACK (SOUL RED CRYSTAL ONLY) | RM 109,170.00 |
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge