ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Betul Dah Tempah smart#1

Suhana Veru

Kongsi melalui

1-(1).jpg

smart Malaysia mengumumkan bahawa tempahan model elektrik sepenuhnya smart #1, sudah mencecah 1,000 unit sejurus pelancaran model itu ke pasaran tempatan pada 21 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, kejayaab smart #1 tidak hanya mencerminkan kecemerlangan produk, tetapi komitmen pihaknya dalam menyediakan pengalaman pemilikan yang lancar dan menyeronokkan.

“Perlindungan jaminan komprehensif, pakej percuma, dan tawaran pengecas rumah smartCharge adalah bukti komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan. 

“Penghantaran juga merupakan aspek penting, dan pasukan kami sedang berusaha gigih untuk memastikan kereta disampaikan kepada pelanggan kami yang dihargai tepat pada masanya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, sebentar tadi.

image.png

Mengulas lanjut, beliau berkata, komitmen smart Malaysia terhadap pendekatan yang menempatkan pelanggan sebagai fokus utama diterjemahkan melalui aplikasi Hello smart yang mesra pengguna.

“Aplikasi ini memperkemaskan pengalaman pemilikan dengan memberikan penyelesaian yang menyeluruh bagi pemilik smart #1  daripada  tempahan kereta, pembayaran, sehingga memulakan proses pengecasan, dan memantau status pengecasan dan memantau status pengecasan.

“Bagi menyokong komitmen ini, terdapat 10 cawangan pengedar yang terletak secara strategik di 6negeri di Malaysia. Ia bukan hanya bertujuan untuk memudahkan proses pembelian, tetapi juga memastikan perkhidmatan pasca-pembelian terkemuka yang menawarkan bimbingan pakar kepada pelanggan,”ujarnya lagi.

image.pngimage.png

Bagi yang berminat dengan smart #1, jentera comel itu dilengkapkan dengan tawaran pakej jaminan yang lebih luas, termasuk :

1. Jaminan Bateri Bervoltan Tinggi selama 8 tahun atau 200,000km.

2. Jaminan Komponen Bervoltan Tinggi selama 8-tahun atau 150,000km.

3. Jaminan kenderaan selama 4-tahun tanpa had perjalanan.

4. Jaminan Alat Ganti selama 2-tahun tanpa had perjalanan. 

5. Bantuan Perkhidmatan Jalanan 24/7.

image.png

smart #1 turut ditawarkan dalam 10 pilihan warna yang cukup memukau, termasuk Atom Grey – Matte (Bumbung Merah), Meta Black (Bumbung Merah), Digital White, dan Future Green. 

Pilihan menarik ini mencerminkan citarasa yang unik di kalangan peminat smart #1, yang menjadikannya pilihan utama daripada palet yang menarik ini.

image.png

Pembeli boleh mendapatkan tawaran eksklusif, termasuk Pakej Aksesori percuma bernilai RM2,000,

Data Internet percuma selama 5 tahun dengan jumlah 60GB, dan tawaran limited-time Pengecas AC smartCharge percuma bernilai RM3,200.

Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Disember 2023.

Sehubungan itu, smart Malaysia cukup yakin kejayaan smart #1 hanyalah satu permulaan kepada beberapa siri pencapaian yang akan menjadikan syarikat itu sebagai pemain utama dalam pasaran EV nanti.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS2271

SELANGOR

BSU1401

JOHOR

JF384J

PULAU PINANG

PSF9490

PERAK

APL8039

PAHANG

CFH8716

KEDAH

KGJ3035

NEGERI SEMBILAN

NEM1410

KOTA KINABALU

SJU3520

KUCHING

QAB6589P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

07-08-2023
EV

20-07-2023
EV

01-02-2023
Berita Auto

09-09-2022
Berita Auto

17-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.