Selepas Ini, Anda Sudah Tidak Perlu Bawa Lesen Memandu Sebabnya..
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengorak langkah setapak ke hadapan apabila pemandu kenderaan dikatakan mungkin sudah tidak perlu membawa lesen memandu secara fizikal dalam tempoh terdekat ini.
Sebaliknya, lesen memandu boleh diperoleh secara dalam talian menerusi sebuah aplikasi khas yang masih belum didedahkan secara terperinci.
Perkara itu diakui Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim.
“Ia (aplikasi) sudah siap dibangunkan JPJ dan sedang menunggu 'lampu hijau' daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, untuk pelaksanaannya,” katanya.
Difahamkan, aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi telefon pintar dimana ia akan memaparkan lesen pemandu secara digital.
Menurutnya, polis dan pihaknya akan dibekalkan dengan peranti khas, untuk melakukan pemeriksaan atau semakan ke atas lesen memandu digital.
Bagaimana ia berfungsi?
Peranti khas itu akan mengimbas kod bar yang tertera pada lesen memandu digital.
Ia dikatakan mampu mengesahkan sama ada lesen memandu digital berkenaan tulen atau sebaliknya.
Sementara itu, mungkin ada yang sudah tidak sabar untuk memuat turun aplikasi berkenaan namun nampaknya anda perlu bersabar kerana aplikasi itu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
Apa pula pandangan anda mengenai lesen memandu digital? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPS2448
SELANGOR
BSH7417
JOHOR
JYG6345
PULAU PINANG
PRT9872
PERAK
APB2057
PAHANG
CFD4686
KEDAH
KGC2710
NEGERI SEMBILAN
NEH1090
KOTA KINABALU
SJM5854
KUCHING
QAB1588M
Terakhir Kemas Kini 16 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
+0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.90
+0.02
EURO 5 B7
RM 3.10
+0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2025
Berita Berkaitan
Wanita Maut Dilanggar Pemandu Positif Dadah
Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pemandu lalok dadah
18-11-2024
Polis Pun Guna Honda!
PDRM cawangan MPV Kajang mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima lima buah Honda Civic FE, baru-baru ini.
13-02-2024
AWAS Kaum Lelaki, Jangan Suka Hati Kencing Di Tempat Awam
Hati-hati buat mereka yang suka kencing di merata tempat/
21-11-2023
Nyawa Sudah Melayang, Bila Isu Jalan Berlubang Nak Selesai?
Penunggang motosikal maut selepas terlanggar jalan berlubang.
20-11-2023
Ramai Masih Keliru
Nampaknya, orang ramai masih keliru dengan cukai jalan dan lesen memandu digital.
08-11-2023
Berita Terkini
Penunggang Motosikal Paling Ramai Terima Notis Advokasi
Penunggang motosikal mencatatkan jumlah paling ramai menerima notis advokasi dalam kempen Operasi Patuh Undang-Undang (Ops PUU) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur yang diadakan selama dua hari.
16-09-2025
Polis Beri Amaran Keras, Jangan Ikut Laluan Haram Untuk Ke Thailand!
Orang ramai diingatkan tidak menggunakan laluan haram untuk ke Thailand meskipun berlaku kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor serta Bukit Bunga.
16-09-2025
Nahas Bas Di Gerik: UPSI Serah Sumbangan Berjumlah RM420,000 Kepada Waris Mangsa
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyampaikan sumbangan berjumlah RM420,000 kepada waris 42 pelajar yang terbabit dalam nahas bas di Gerik pada 9 Jun lalu.
16-09-2025
Lelaki Maut Berhampiran R&R Sungai Buloh
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar tiang lampu jalan berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh, arah utara, pagi tadi.
16-09-2025
Cuti 4 Hari Tamat, Ramai Mula Pulang Ke Ibu Kota Sebab Esok Kerja!
Kebanyakan golongan ibu bapa yang sudah mula bekerja semula mulai esok, menyebabkan aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan sejak petang tadi.
16-09-2025
JPJ Buka Bidaan Nombor PEndaftaran 'GM' Sempena Hari Malaysia
Bidaan bagi siri NPI itu dibuka mulai hari ini hingga jam 10 malam Sabtu, melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).
16-09-2025
PADU, Data Silang Pelbagai Agensi Jadi Rujukan Laksana Subsidi Bersasar RON95
Maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk rujukan silang, bersama data daripada pelbagai agensi kerajaan dalam menentukan kriteria dan kelayakan penerima subsidi petrol RON95.
15-09-2025
Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti
Pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.
15-09-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat