- Berita
- Berita Auto
- Tayar Baharu Continental, ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar
Tayar Baharu Continental, ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar

Pengeluar tayar kereta terkemuka, Continental, telah memperkenalkan tayar baharu keluaran syarikatnya hari ini, ComfortContact CC7, sebahagian daripada barisan produk tayar Generasi 7.
Menurut Continental, ComfortContact CC7 dibangunkan oleh kumpulan global yang terdiri daripada 30 jurutera dan pakar bahan. Untuk membangunkan tayar ini, masa yang diambil mencecah lebih daripada 7,500 jam membabitkan usaha untuk mereka bentuk, menjalankan ujian simulasi, membina dan menguji prototaip. Lebih daripada 500 ujian telah dilakukan di atas pelbagai keadaan jalan dan makmal dengan jarak perjalanan keseluruhan lebih 7 kali pusingan bumi.

"Memandangkan setiap pelanggan mempunyai keperluan yang berbeza serta permintaan terhadap teknologi berinovasi, kami berusaha untuk memahami keperluan pemandu di Malaysia dan mencipta produk yang dapat memenuhi keperluan ini,” ujar Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, Andrea Somorova.
Tayar kali ini telah ditambah baik dengan Teknologi Comfort+ yang memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan senyap. Teknologi ini merangkumi tiga ciri penting CC7 iaitu “Z.E.N”, – Zero Shock Pattern, Everflex Compound dan Noise Muter.

Ciri ComfortContact CC7 Zero Shock Pattern dapat dilihat pada reka bentuk corak tayar yang direka khas untuk mengurangkan hentakan walaupun melalui jalan berbonggol dan tidak rata.
ComfortContact CC7 Everflex Compound merujuk kepada penggunaan bahan tahan lasak yang membolehkan tayar digunakan dalam pelbagai cuaca, termasuk suhu dan musim berbeza.
Sementara itu, ciri Noise Muter pula dicapai dengan penggunaan dua teknologi peredam bunyi iaitu Noise Breaker 3.0 dan Helmholtz Resonators.
Noise Breaker 3.0 merupakan sejenis teknologi yang dapat memecahkan gelombang bunyi kepada gelombang lebih kecil dan menghalang bunyi daripada memasuki ruang kabin.
Helmholtz Resonators pula diambil daripada nama ahli fizik Jerman yang telah menumui teori Resonan Helmholtz. Penggunaan teori ini dalam pembangunan tayar telah menghasilkan produk yang senyap, dengan ruang penyerap bunyi bising pada permukaan corak tayar yang menarik gelombang udara dan menyerap frekuensi bunyi bising sebelum ianya dapat keluar.

Tayar Continental ComfortContact CC kini ditawarkan di pasaran dalam saiz 13 inci ke 16 inci untuk pelbagai jenis kenderaan seperti mini-kompak, kompak, sederhana dan MPV.
Harga jualan rasminya tidak didedahkan, namun berdasarkan laman e-dagang ini, harga tayar baharu ComfortContact CC7 bermula daripada RM170.00 sebiji.
Baca: Tayar Terbaharu Continental, UltraContact UC7, Lalui 850 Ujian!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS5259
SELANGOR
BSN7647
JOHOR
JYU1425
PULAU PINANG
PSB1341
PERAK
APG3907
PAHANG
CFG592
KEDAH
KGF706
NEGERI SEMBILAN
NEJ9259
KOTA KINABALU
SJR1926
KUCHING
QAB4975N
Terakhir Kemas Kini 05 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
RON95 Terendah Di Dunia
Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat