ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Toyota Vios 2023 Dilancarkan – 2 Varian, Harga Dari RM89K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan Toyota Vios 2023 Serba Baharu. Toyota Vios generasi ke-4 ini ditawarkan dalam dua varian iaitu varian 1.5E dan 1.5G dengan harga jualan bermula dari RM89,600 hingga RM95,500. 


PRESTASI TOYOTA VIOS 2023




Dibina berdasarkan platform Seni Bina Global Baharu Daihatsu (DNGA), kedua–dua varian Toyota Vios 2023 dijana oleh enjin  petrol 1.5L 4 silinder Dual VVT-i bersama transmisi CVT tujuh kelajuan dengan Sequential Shiftmatic. Output maksimum yang mampu dicapai Vios 2023 ialah 105 hp/136 Nm.


Kali ini, pengguna dapat memilih mod pemanduan (Power, Eco, Normal), selain turut dilengkapkan dengan pedal penukar gear dan brek parkir elektronik. 


LUARAN TOYOTA VIOS 2023




Dari segi luaran, Toyota Vios 2023 tampil sporty dengan gaya fastback yang  ditonjolkan oleh kedudukan cermin belakangnya yang menyendeng dan but belakang yang kelihatan lebih pendek. Ciri ini sekaligus meningkatkan aerodinamik kenderaan yang terbukti melalui sesi pandu uji yang kami lakukan minggu lalu. Pertama kali dalam segmen ini, varian 1.5G Vios 2023 menggunakan rim aloi dua tona bersaiz 17 inci (1.5E menggunakan rim 16 inci). Rekaan yang bertemakan ‘Defy Expectations’ Vios kali ini terbukti menjangkau jangkaan. 


Selain itu, varian tertingginya dilengkapi isyarat pusingan berjujukan pada lampu LED belakang, penggilap cermin jenis pengesan hujan, cermin sisi yang boleh dilaraskan/dilipat secara automatik bersama fungsi amaran titik buta, antena jenis sirip jerung dan sebagainya.


KABIN TOYOTA VIOS 2023




Bahagian dalam Toyota Vios 2023 tampil lebih mewah berbanding keluaran sebelum ini,  balutan kulit digunakan pada titik sentuhan varian 1.5G seperti stereng, tempat rehat tangan pada bahagian pintu, termasuklah tempat duduk. Warna tema yang digunakan untuk ruang kabin ialah hitam dan coklat gelap. 




Dari segi teknologi, Vios 2023 dilengkapi skrin infotainmen 9 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta lengkap dengan fungsi pemantau parkir 3D. Ciri istimewa pada varian 1.5G ialah panel instrumen digital 7 inci (optitron 4.2 inci pada 1.5E) dan pakej pencahayaan ambien kabin yang menyerlah pada waktu malam.




Ciri menarik lain yang didatangkan standard untuk kedua-dua varian ialah pad pengecas tanpa wayar serta kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci. Perubahan terbesar yang telah dibuat pada Vios kali ini ialah pendingin hawa khas untuk penumpang belakang. 


CIRI KESELAMATAN TOYOTA VIOS 2023


Dibina berdasarkan platform DNGA, tahap keselamatan Toyota Vios kali ini adalah lebih baik. Vios 2023 hadir dengan pakej bantuan pemanduan Toyota Safety Sense yang  berikut:

  • Pencegah keluar lorong

  • Amaran keluar lorong

  • Makluman pelepasan hadapan

  • Sistem pra-pelanggaran

  • Kawalan kekal lorong*

  • Kawalan jelajah adaptif*

  • Lampu suluh tinggi automatik*


Nota: Hanya ditawarkan pada Toyota Vios 1.5G


Selain yang dinyatakan di atas, model ini dihadirkan dengan banyak lagi ciri keselamatan lain seperti bantuan brek, kawalan cengkaman, bantuan mula daki, kawalan tersalah tekan pedal, pemantau keliling panoramik 3D dan sebagainya. 


WARNA TOYOTA VIOS 2023


Model ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu: 



  • Silver Metallic

  • Nebula Blue Metallic

  • Spicy Scarlet  (warna baharu)

  • Attitude Black

  • Platinum White Pearl


HARGA TOYOTA VIOS 2023


Seperti yang dikatakan, Toyota Vios 2023 ditawarkan dalam dua varian iaitu varian E pada harga RM89,600 dan varian G pada harga RM95,500, harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tanpa insurans. Pembelian didatangkan dengan waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun, 24SEVEN Road Assist dan juga langganan percuma Toyota Vehicle Telematics System selama 3 tahun.

Apa pendapat anda mengenai Toyota Vios 2023 ini? Kongsikan di ruangan komen di bawah.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPR4714

SELANGOR

BSH5970

JOHOR

JYG3509

PULAU PINANG

PRT7933

PERAK

APB192

PAHANG

CFD4137

KEDAH

KGC1746

NEGERI SEMBILAN

NEG9628

KOTA KINABALU

SJM4925

KUCHING

QAB1253M

Terakhir Kemas Kini 06 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.16

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-12-2024
Berita Auto

12-06-2024
Berita Auto

15-02-2024
Berita Auto

30-01-2024
Berita Auto

08-12-2023
Berita Auto

28-11-2023
Tips

16-08-2023
Global

13-05-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'

Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.

04-09-2025
Kereta Baru

ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025

Chery bersedia untuk memperbaharui Omoda 5 dengan wajah serta teknologi baharu menerusi model Chery O5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

03-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000

Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.

03-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000

Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

03-09-2025
Kereta Baru

Bufori CS8 Dilancar, 810 HP, Harga RM2,188 Juta

Bufori, jenama kereta mewah klasik buatan tangan Malaysia akhirnya melancarkan Bufori CS8 ke pasaran tempatan, petang tadi.

28-08-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik smart #5 Dipertontonkan – 3 Varian, Lancar Oktober Nanti

smart Malaysia (PRO-NET) akhirnya memperlihatkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk SUV elektrik flagshipnya, smart #5.

28-08-2025
Kereta Baru

Suzuki Swift Sport ‘Final Edition’ Dilancar, Harga Cuma RM137,900

Pengimport dan pengedar kereta Suzuki tempatan, Naza Eastern Motors (Suzuki Cars Malaysia) melancarkan Suzuki Swift Sport baru-baru ini.

25-08-2025
Kereta Baru

Zeekr 7X Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM179,800

Sebentar tadi, Zeekr Malaysia telah secara rasmi melancarkan SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, untuk pasaran tempatan.

22-08-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.