ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Proton X90 Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Masih Kekal Misteri

Suhana Veru

Kongsi melalui

 


Selepas pratonton dengan media, SUV tiga barisan tempat duduk, Proton X90 akhirnya sudah boleh ditempah bermula 8 April lalu.

Kenderaan tenaga baharu (NEV) pertama syarikat kereta nasional itu akan didatangkan dalam empat varian iaitu tiga varian enam tempat duduk dan satu varian tujuh tempat duduk (varian standard hingga premium).

Proton X90 ini disumbat dengan enjin 1.5L TGDi dengan sinergi 48V (bateri lithium ion) Sistem Motor Elektrik (EMS) iaitu teknologi mild-hybrid.

 

Ia dipadankan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan bagi membolehkan ia menghamburkan kuasa setinggi 187hp dan tork 300Nm.

Proton berkata, dengan adanya teknologi baharu mild-hybrid, ia dapat meningkatkan kecekapan bahan api sebanyak 15 peratus berbanding enjin 1.5L TGDi biasa.

Varian Standard:

Bermula dengan varian X90 Standard, ia didatangkan dengan lampu depan LED penuh serta  set roda 18 inci sebagai standard.


Bahagian dalaman pula, kesemua tujuh tempat duduknya menerima kusyen upholsteri fabrik, sistem multimedia bersaiz 12.3 inci dan juga kamera undur belakang.

Bagaimanapun, pilihan cat adalah terhad kepada warna monokromatik seperti Snow White, Armor Silver dan  Jet Grey.

Varian Executive:

Bagi varian Executive pula, ia didatangkan dengan beberapa ciri tambahan seperti Sistem Pemantau Tekanan Tayar,  kusyen penumpang depan berkuasa elektrik dengan sistem pengudaraan dan kamera 360 darjah.

 Untuk pilihan warna, Executive datang dengan dua pilihan warna tambahan - Cinnamon Brown dan Red Ruby.


Bagi varian Premium pertengahan pula, X90 dilengkapi dengan Sistem Bantuan Termaju (ADAS), Amaran Pelanggaran Belakang (RCW), Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA),  Informasi Tanda Trafik yang boleh membaca tanda-tanda trafik di jalan raya dan Sistem Bantuan Park Auto.

Bahagian luaran, ia hadir dengan rim aloi bersaiz 19 inci, manakala bahagian dalamannya kelihatan eksklusif kerana kesemua tempat duduknya  dihiasi dengan material Nappa.


Peralatan kabin lain termasuk pengecas tanpa wayar dan tempat duduk berkuasa untuk kedua-dua tempat duduk hadapan.

Model Premium ini juga didatangkan dengan warna khas iaitu Marine Blue.

X90 Flagship

Bagi varian tertinggi pula, X90 Flagship didatangkan dengan kesemua ciri tambahan yang ada termasuklah beberapa ciri tambahan khas seperti Bumbung Panaromik, Boss Switch yang akan menolak kusyen penumpang ke depan, dan juga kusyen kedua yang disusun dalam konfigurasi Kerusi Kapten.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan, anda sudah boleh berbuat demikian walaupun X90 masih belum dilancarkan secara rasmi.


Anda boleh membuat tempahan di mana-mana  pusat jualan Proton sah berdekatan dengan anda.

Jika anda masih berteka-teki sama ada mahu membeli atau tidak, Proton sebenarnya ada mengadakan sesi pratonton kepada umum.

Maklumat seperti dibawah:

  • Selangor/KL/ Pulau Pinang  - 8-9April 2023
  • Johor, Pahang – 15 -16 April 2023
  • Sabah, Sarawak – 29 – 30 April 2023

Apapun, tarikh pelancaran dan harga Proton X90 akan diumumkan kelak.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPS1660

SELANGOR

BSH7297

JOHOR

JYG5968

PULAU PINANG

PRT9625

PERAK

APB1863

PAHANG

CFD4628

KEDAH

KGC2540

NEGERI SEMBILAN

NEH1033

KOTA KINABALU

SJM5787

KUCHING

QAB1571M

Terakhir Kemas Kini 13 Sep, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.90

+0.02

EURO 5 B7

RM 3.10

+0.02

Terakhir Kemas Kini 11 Sep, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto

09-04-2025
Berita Auto

20-09-2024
Berita Auto

23-08-2024
Berita Auto

19-06-2024
Berita Auto

06-06-2024
Pandu Uji

19-03-2024
Berita Auto

05-02-2024
Teknologi

02-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025
Kereta Baru

VCM Dedah Volvo XC60 2025 Sudah Masuk Malaysia, Harga Bermula Dari RM333,888

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasmi mengumumkan ketibaan model paling laris secara global yang sudah diperbaharui lagi iaitu Volvo XC60 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03, Kini Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM119,800

Sebentar tadi iCaur Malaysia secara rasminya telah melancarkan model pertamanya di pasaran Malaysia, sebuah SUV elektrik ranggi, iCaur 03.

09-09-2025
Kereta Baru

BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'

Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.

04-09-2025
Kereta Baru

ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025

Chery bersedia untuk memperbaharui Omoda 5 dengan wajah serta teknologi baharu menerusi model Chery O5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

03-09-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.