ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Sejarah Tercipta! 10 Juta Unit Yaris Terjual Selepas 25 Tahun Pengeluaran

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pada tahun ke-25 pengeluarannya, Toyota Yaris kini telah melepasi 10 juta unit jualan di seluruh dunia. Diperkenalkan buat pertama kalinya semasa Paris Motor Show pada tahun 1998, Toyota Yaris lantas menjadi peneraju pasaran dalam segmennya. 


Terpilih sebagai Kereta Terbaik Eropah pada tahun 2000, hatchback ini mendapat permintaan yang tinggi di benua tersebut. Angka turut membuktikan, Eropah adalah pasaran terbesar model ini dengan jualan sebanyak 5,155,506 unit. Pada tahun 2022, jualan Yaris merangkumi satu pertiga daripada keseluruhan angka jualan yang dicapai Toyota di Eropah. 




Model generasi pertama yang dikeluarkan berakhir pada tahun 2005 setelah digantikan dengan model serba baharu. Yaris generasi kedua memiliki saiz yang lebih besar dan ditawarkan dengan tiga pilihan enjin. 


Yaris TS, versi prestasi dengan enjin 1.8L yang memiliki output 130 hp diperkenalkan pada tahun 2006. 


Kemudian pada tahun 2011, Toyota Yaris generasi ketiga telah dilancarkan. Model ini adalah yang pertama dalam kelasnya yang ditawarkan dengan trenkuasa hibrid. Generasi inilah yang membawa kepada kelahiran model GR, Yaris GRMN.




Seterusnya pada tahun 2020, Yaris generasi keempat diperkenalkan. Kali ini, reka bentuknya lebih dinamik dengan badan yang lebih rendah dan lebar. Generasi ini dibina berdasarkan platform Toyota New Global Architecture GA-B dengan pilihan enjin yang lebih efisien. 


Kehadiran Yaris generasi baharu ini telah melahirkan hot hatch GR dan SUV Yaris Cross yang baru-baru ini terpilih sebagai Kereta Urban Dunia 2022 dalam World Car Awards.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS5204

SELANGOR

BSN7631

JOHOR

JYU1405

PULAU PINANG

PSB1295

PERAK

APG3874

PAHANG

CFG569

KEDAH

KGF514

NEGERI SEMBILAN

NEJ9258

KOTA KINABALU

SJR1924

KUCHING

QAB4971N

Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

25-04-2024
Kereta Baru

18-09-2023
Kereta Baru

09-05-2023
Berita Auto

Fuhh Permulaan Baik, Toyota Jual 7,528 Kereta Pada Bulan Lalu

UMW Toyota Motor kini merupakan jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia

15-02-2022
Global

23-01-2026
Kereta Baru

28-04-2025
Berita Auto

07-01-2025
Kereta Baru

05-12-2024

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.