70K Serbu Pameran Retro Havoc Tapi..
Rata-rata netizen kesal melihat sikap sebilangan pengunjung yang mengunjungi pameran Retro Havoc 2023 yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara pada minggu lepas.
Difahamkan, kira-kira 70,000 pengunjung menyerbu pameran itu yang diadakan sejak 9 pagi hingga 10 malam.
Sebaliknya, lain pula yang berlaku apabila ada sebilangan pengunjung yang terdiri daripada pelajar lari bertempiaran di dalam kawasan yang menempatkan sejumlah besar kereta pameran.
Apa yang menyedihkan, biarpun pihak penganjur sudah meletakkan notis amaran “Do Not Touch" namun ada juga yang menyandar, meletakkan kaki di atas kereta pameran dan tidak kurang juga yang bersorakan.
“ I don’t understand why Malaysian need to run like baboons when they hear car revving. Mind you, there’s many car around,” komen seorang pengguna media sosial.
Sementara itu, menerusi laman TikTok pula memaparkan ada pengunjung wanita lari bertempiran seolah-olah mahu menyelamatkan diri daripada kebakaran.
Tindakan pengunjung wanita itu akhirnya menyebabkan aksesori sebuah kereta pameran tercabut namun kumpulan wanita itu hanya menoleh belakang.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa kereta mereka tercalar, nombor pendaftaran patah dan cermin sisi tercabut gara-gara pengunjung.
Pendek kata, tindakan pengunjung umpama ‘bagai kera mendapat bunga’.
Tahukah anda, penganjur sebenarnya sudah bertungkus-lumus untuk mengadakan pameran tersebut.
Bagi pemilik kenderaan pula, mereka bersusah-payah menghabiskan ribuan ringgit untuk mengubah suai kenderaan mereka.
Namun, para pengunjung pula sewenang-wenangnya menyentuh kereta sesuka hati terhadap kereta-kereta yang dipamerkan.
Harap selepas ini, pihak penganjur mengadakan kawalan ketat atau meletakkan pita di sepanjang kereta-kereta pameran bagi mengelakkan ia disentuh para pengunjung.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPG7644
SELANGOR
BSF5929
JOHOR
JYA7360
PULAU PINANG
PRR5993
PERAK
ANW7929
PAHANG
CFC2093
KEDAH
KGA9823
NEGERI SEMBILAN
NEG2748
KOTA KINABALU
SJL3626
KUCHING
QAB5319L
Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.14
+0.07
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.81
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.01
+0.07
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2025
Berita Terkini
S60, S90 Habis Dijual, ES90 Pula Bakal Menyusul Tetapi EM90 Tak Masuk Malaysia, Harap Maklum!
VCM mengesahkan bahawa model sedan S60 dan S90 sudah habis dijual setakat ini manakala selepas ini ES90 bakal menyusul di pasaran tempatan tidak lama lagi.
21-06-2025
Tegur Fasal Motor Banyak Kali, Warga Emas Maut Dipukul Dengan Cota Besi
Seorang remaja memukul warga emas sehingga maut dipercayai angkara dendam dengan mangsa yang menegurnya banyak kali menunggang motosikal secara berbahaya.
20-06-2025
Jaecoo J7 PHEV – Lebih 800 Pendaftaran Dicatatkan Dalam Empat Bulan
Jaecoo J7 PHEV kini menjadi peneraju teknologi dalam segmen SUV segmen C setelah mencatatkan lebih 800 pendaftaran sejak awal dilancarkan.
20-06-2025
Kereta Buatan China Semakin Berlambak Di Malaysia, Atasi Jenama Jepun
Kereta China semakin berlambak di Malaysia sekali gus menggugat penguasaan tradisi jenama-jenama Jepun yang sebelum ini mendahului segmen itu.
20-06-2025
Servis JPJ 'Mati Sementara' Mula Malam Ini, 20 Hingga 22 Jun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memaklumkan akan berlaku gangguan perkhidmatan berjadual di seluruh negara.
20-06-2025
Baru 4 Jam Hujan, Shah Alam Dah Banjir
Kejadian banjir di Shah Alam juga menyebabkan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk sejak 6.30 pagi tadi.
20-06-2025
Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik
Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat.
20-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat