ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cukup Pilu, Ibu, 4 Anak Temui Ajal Bersama

Suhana Veru

Kongsi melalui


Apa yang berlaku ini amat menyayat hati kerana emoat beranak menemui ajal Bersama selepas kereta yang dinaiki terbakar gara-gara  merempuh bahagian belakang sebuah lori.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Kampar, Perak, awal pagi tadi.

Kemalangan ngeri  itu telah meragut nyawa Azriyani Abdul Latif, 45, bersama Muhammad Azib Nasaruddin, 23, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, seorang anak mangsa, Muhammad Fawwaz Nasarudin, 7,  yang dilaporkan cedera parah disahkan telah meninggal dunia, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud. 


“Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kiri.

“Semua mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Ketika kejadian, Proton Saga itu dipandu anak mangsa, Muhammad Azib.


Sementara itu, pemandu lori pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain pula berkata, kebakaran melibatkan 5 peratus di bahagian hadapan kereta.

"Semasa kejadian terdapat dua mangsa tersepit dan anggota membuat penyelamatan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

"Terdapat mangsa yang maut telah melecur di bahagian anggota badan," katanya


Beberapa gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan Proton Saga berwarna merah itu hancur teruk dan terdapat kesan kebakaran di bahagian hadapan.


Malah, bahagian kabin juga ada kesan terbakar.

Salam takziah kepada keluarga mangsa.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS8301

SELANGOR

BSN8912

JOHOR

JYU2969

PULAU PINANG

PSB2072

PERAK

APG4397

PAHANG

CFG1289

KEDAH

KGF1476

NEGERI SEMBILAN

NEJ9534

KOTA KINABALU

SJR2458

KUCHING

QAB5128N

Terakhir Kemas Kini 09 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-11-2025
Berita Auto

10-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

21-10-2025
Berita Auto

25-09-2025
Berita Auto

09-09-2025
Berita Auto

04-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Ini Sebab Harga Minyak Tak Turun

MOF tampil memberi penjelasan.

09-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Proton X50 vs Mitsubishi XForce: Dua SUV Kompak, Satu Pilihan Sukar

Nak beli SUV kompak baru? Jangan tengok X50 atau Xforce sebelum baca Ini!

08-04-2026
Berita Auto

Dakwaan Tambah Kuota BUDI95 Tidak Benar

MoF Tampil Perbetul Salah Faham Tular Isu Tambah Kuota BUDI95.

08-04-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 200 Liter: Masa Untuk Tukar EV

Adakah sekarang masa untuk beralih ke kenderaan elektrik (EV) kerana EV bukan lagi sekadar gaya hidup, tetapi strategi survival.

07-04-2026
Berita Auto

Boleh Ke Guna MyKad Mak Ayah Beli RON95? JPN Akhirnya Tampil Perbetul Salah Faham

JPN menegaskan tiada sekatan untuk rakyat menggunakan kad pengenalan bagi memanfaatkan subsidi di bawah inisiatif BUDI95, selagi ia dibuat mengikut peraturan.

07-04-2026
Berita Auto

Nahas Berantai SUV Terbakar

Sebuah Chery Tiggo musnah hampir 60 peratus dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di Changkat Cermin, Ayer Tawar, semalam.

07-04-2026
Berita Auto

Berani Mati, Proton e.MAS Guna Tagline 'Mak Kau Hijau' Promosi Warna Baharu

Strategi 'Mak Kau Hijau' Proton e.MAS 7 PHEV curi perhatian.

06-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.