Serah Atau Lupuskan Nombor Plat Kenderaan Lama?

Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM) menggesa kerajaan melaksanakan satu sistem yang membolehkan pemilik kenderaan menyerahkan atau melupuskan nombor plat kenderaan mereka secara sukarela kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor berkata, buat masa ini bagi sesiapa yang merancang untuk menukar nombor plat pendaftaran kereta, mereka hanya boleh memindahkan nombor kereta lama kepada kenderaan baharu.
Mengulas lanjut mengenai masalah itu, beliau mendakwa ada pembeli kereta terpakai yang berminat untuk mengekalkan nombor kereta lama.
“Namun, proses yang panjang dan kos untuk menyelesaikannya adalah salah satu sebab orang ramai lebih suka membeli kereta baharu daripada membeli kereta terpakai,” katanya.

Menurutnya, ada juga pembeli terpaksa membeli motosikal baharu yang tidak berdaftar dengan harga RM1,800 dan kemudian ke JPJ untuk memindahkan nombor dari kereta lama kepada motosikal.
“Proses ini memakan waktu yang lama dan cukup membebankan,” katanya.
Untuk itu, beliau berharap supaya kerajaan membangunkan satu sistem untuk membolehkan para pemilik melupuskan atau menyerahkan nombor pendaftaran mereka secara sukarela.
Berdasarkan laman web JPJ, pemindahan nombor pendaftaran kenderaan sedia ada kini terhad kepada kenderaan baharu yang dimiliki individu sama.

Ujar Tony, prosedur yang sedia ada itu telah menghalang sejumlah besar pembeli yang mahu membeli kereta terpakai.
Ini kerana kebanyakan pembeli lebih suka untuk mengekalkan nombor pendaftaran kereta sedia ada apabila membeli kereta terpakai lain, namun malangnya ia memerlukan kos tambahan.
Susulan itu, hanya 400,000 kereta terpakai mampu dijual pada saban tahun (sejak tahun 2020) berbanding kereta baharu iaitu 720,000 pada tahun yang sama.
Maka, Tony berpendapat, Langkah melupuskan nombor plat pendaftaran adalah satu penyelesaian terbaik.
Statistik FMCCAM menunjukkan bahawa 67% daripada pemandu kenderaan menukar kereta lama mereka kepada yang baharu.
Tony juga berharap bahawa kerajaan mempercepatkan pelaksanaan sijil pemilikan kenderaan (VoC) secara dalam (dahulunya dikenali sebagai geran kereta) bagi melancarkan urusan pentadbiran.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4873
SELANGOR
BSN7518
JOHOR
JYU1156
PULAU PINANG
PSB1146
PERAK
APG3783
PAHANG
CFG456
KEDAH
KGF335
NEGERI SEMBILAN
NEJ9230
KOTA KINABALU
SJR1876
KUCHING
QAB4958N
Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah
Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.
03-04-2026
Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?
Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.
03-04-2026
Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV
Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.
03-04-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok
Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.
03-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen
Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.
01-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat