ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Strategi Pelbagai Laluan Toyota, Lebih Realistik Untuk Capai Neutraliti Karbon?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Pameran potongan Toyota Prius yang menunjukkan sistem hibrid yang digunakan


UMW Toyota Motor (UMWT) telah mendedahkan strategi pelbagai laluan atau multi-pathway untuk membantu Malaysia mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050 dalam satu acara tertutup yang diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, semalam. 


UMWT telah mendaftarkan unit contoh Toyota bZ4X, sebuah kenderaan elektrik bateri (BEV), untuk dinilai oleh pasukan teknikal dan pihak yang berkepentingan dalam sektor kerajaan dan swasta. 



Toyota bZ4X 


Sebelum ini, UMWT telah menghantar lima unit Toyota Mirai, sebuah kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV), kepada SEDC Energy Sarawak dan Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg sebagai sebahagian daripada usaha meluaskan ekonomi hidrogen negeri tersebut.


Komitmen UMWT untuk memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggan Malaysia dapat dilihat melalui penghasilan model BEV bZ4X, FCEV Mirai dan juga model HEV Toyota Corolla Cross Hybrid.



Corolla Cross Hybrid Electric (kiri) dan Camry Hybrid (kanan)


Di dalam pameran tersebut, dipaparkan sistem hibrid Toyota,  melambangkan dominasi Toyota dalam teknologi HEV dengan lebih daripada 18.1 juta unit terjual di seluruh dunia sejak 1997. Sehingga kini, Toyota telah menjual lebih daripada 20 juta kenderaan elektrik di seluruh dunia, mengurangkan CO2 sebanyak 165 juta tan metrik.



Teknologi hibrid Toyota generasi ke-4 yang dipamerkan


Jelas Toyota, buat masa ini, teknologi HEV adalah penyelesaian yang paling praktikal dan berpatutan dari segi kos untuk rakyat Malaysia. Sekiranya diketengahkan, matlamat untuk mengurangkan pembebasan karbon dapat dilakukan dengan segera tanpa gangguan aspek lain seperti kebimbangan perjalanan jarak jauh, satu perkara yang kekal menjadi isu pengguna EV tulen sehingga kini. 




Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, mengumumkan bahawa UMWT akan memperkenalkan lebih banyak model HEV pada tahun 2023. Dalam masa yang sama, Toyota juga mengakui bahawa teknologi BEV akan menjadi sangat penting untuk mencapai neutraliti karbon dan akan melancarkan model BEV dalam masa terdekat sebaik negara memiliki infrastruktur yang baik untuk menyokong sistem ini. 




UMWT akan terus menilai pelbagai pilihan yang ada sebelum memperkenalkan model-model ini secara rasmi dalam pasaran Malaysia. Menurut Datuk Ravindran K, "Kami percaya dalam memberikan pilihan kepada pelanggan. Mereka akan menentukan penyelesaian hijau terbaik untuk mereka." 


Logo dan slogan Toyota yang dipaparkan di ibu pejabatnya di Shah Alam


Selain itu, UMWT akan membantu Malaysia dalam usaha mencapai matlamat menyediakan 4,000 titik cas kenderaan elektrik menjelang akhir tahun ini bagi membentuk ekosistem yang mesra BEV.




Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7405

SELANGOR

BST4348

JOHOR

JD5647J

PULAU PINANG

PSF3075

PERAK

APL2337

PAHANG

CFH6182

KEDAH

KGH8561

NEGERI SEMBILAN

NEL6814

KOTA KINABALU

SJT8782

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

30-05-2024
Global

10-05-2024
Global

18-04-2024
Berita Auto

22-02-2024
Berita Auto

20-02-2024
Berita Auto

19-02-2024
Global

09-02-2024
Global

26-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.