Jangan Risau, Innova Lama Masih Ada
Sudah menjadi lumrah sejurus tibanya model baharu maka, model sebelum ini terpaksa diberhentikan namun lain pula bagi model Toyota Innova Zenix 2023 kerana model lama masih lagi dijual di pasaran tempatan memandangkan ia masih menerima permintaan.
Perkara itu disahkan pihak UMW Toyoto Motor ketika kami menggasak soalan kepada pihak pengurusan tertinggi Toyota mengenai status Innova lama.
Ketika sesi pratonton Toyota Innova Zenix 2023 di ibu pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam semalam, CariCarz.com sebenarnya sudah mengetahui bahawa pihak UMWT akan meneruskan pengeluaran model kerangka ladder frame, Innova RWD yang menggunakan platform IMV semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berterusan.
Ini bermakna kedua-dua model lama berasaskan IMV dan pengganti berasaskan TNGA baharunya yang dilancarkan tadi akan dijual secara serentak.
Lagipun, Malaysia bukanlah satu-satunya pasaran yang menyaksikan kedua-dua model Innova lama dan baharu dijual serentak .
Untuk pengetahuan anda, strategi sama turut “dimainkan”di dua pasaran terbesar jualan Innova khusunya di Indonesia dan India.
Innova dikenali sebagai Toyota Kijang Innova Zenix di Indonesia manakala Innova Crysta di India.
Model ini mempunyai daya tarikan yang luar biasa memandangkan kos platformnya yang agak rendah, mampu membawa muatan berlebihan dan ia menggunakan formula jarak kelegaan tanah yang tinggi.
Pendek kata, dengan adanya ciri ini, Innova lama sesuai digunakan untuk merentasi permukaan jalan tidak rata di kedua-dua negara berkenaan.
Ini jelas terbukti bahawa Innova lama ini mencerminkan ketahanan, fleksibiliti dan kekukuhan casis rangka tangga IMV yang sama digunakan dalam trak pikap Hilux 4x4 semasa dan kembarnya, Fortuner 4x4.
Bagaimanapun, untuk pasaran Malaysia, CariCarz.com difahamkan bahawa jualan dan pengeluaran Innova akan diteruskan seperti biasa kerana terdapat permintaan daripada sektor komersial selain pelanggan yang mahu mencari kereta pada harga mampu milik.
Sebaliknya, UMWT yakin bahawa Innova Zenix baharu berasaskan TNGA akan menarik kepada profil pelanggan yang baharu.
Secara khususnya, model baharu ini disasarkan kepada pembeli yang mahu mencari teknologi moden dan mewah, ala Harrier, yang dipersembahkan dalam pelbagai kenderaan bersaiz lebih besar, ala Alphard/Vellfire.
Innova versi import sepenuhnya (CBU) ini dijual pada harga RM165,000 (versi 2.0 V) manakala 2.0 HEV pula berharga RM202,000.
Sementara itu, Innova yang dibina berdasarkan IMV pula dijual pada harga RM133,880 (2.0 G) dan RM141,880 (2.0 X).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPP7023
SELANGOR
BSH3092
JOHOR
JYF4986
PULAU PINANG
PRT4572
PERAK
APA4723
PAHANG
CFD2778
KEDAH
KGB9074
NEGERI SEMBILAN
NEG7938
KOTA KINABALU
SJM2534
KUCHING
QAB9715L
Terakhir Kemas Kini 23 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.13
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.85
-0.05
EURO 5 B7
RM 3.05
-0.05
Terakhir Kemas Kini 21 Aug, 2025
Berita Terkini
BYD Buka Kilang Di Tanjung Malim, Mulakan CKD Pada Suku Kedua Tahun Depan
BYD Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya akan membuka kilang pemasangan kereta secara tempatan di Tanjung Malim, Perak.
22-08-2025
Ford Ranger Wildtrak 3.0 V6 Turbo Diesel 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM192K
Sime Darby Auto ConneXion-Ford (SDAC-Ford), pengedar rasmi jenama Ford di Malaysia, secara rasmi melancarkan Ford Ranger Wildtrak 3.0 V6 Turbo 2025 untuk pasaran tempatan.
22-08-2025
Bahaya: Bas Henti-Henti Pun Lakukan Kesalahan, JPJ Sita 3 Bas
JPJ menyita tiga bas henti-henti dalam Ops Harian di sekitar pusat bandar, pada Ahad lepas.
22-08-2025
KKR Teliti Cadangan Tubuh Tabung Khas Selenggara Jalan Kawasan Kilang
KKR akan mengkaji cadangan untuk menubuhkan tabung khas bagi melaksanakan penyelenggaraan jalan raya di kawasan kilang.
22-08-2025
Himpunan RXZ Members 7.0: PDRM Tawar Diskaun Saman Sampai 50%
Orang ramai yang memiliki saman boleh membuat bayaran di kaunter bergerak yang ditempatkan di lokasi program bermula 9 pagi hingga 4 petang.
22-08-2025
Inisiatif Proton Young Talent (PYT) Cungkil Potensi Pelapis Automotif Negara
Awal hari ini, syarikat automotif negara, Proton, berkongsi maklumat mengenai inisiatif iaitu program latihan pengurusan Proton Young Talent (PYT) yang bermula sejak 2018.
21-08-2025
MyJPJ, MyBayar PDRM Hanya Boleh Diakses Dengan MyDigital ID Tidak Lama Lagi
Orang ramai digalakkan segera mendaftar MyDigital ID supaya dapat mengakses dua platform penting kerajaan, MyJPJ dan MyBayar PDRM, dengan mudah apabila sistem log masuk tunggal dilaksanakan tidak lama lagi.
21-08-2025
Petron Catat Untung Bersih 3 Kali Ganda Walaupun Harga Minyak Menjunam
Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (PMRMB) mengekalkan prestasi kewangan kukuh pada suku kedua 2025.
21-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat